'Najib mahu curi duit lagi banyak'

Mahathir Kelantan 1

Pengerusi Parti Pribumi Malaysia (Bersatu), Tun Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri mahu mencuri lebih banyak wang selepas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyaksikan sebanyak RM42 bilion lesap.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Pengerusi Parti Pribumi Malaysia (Bersatu), Tun Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri mahu mencuri lebih banyak wang selepas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyaksikan sebanyak RM42 bilion lesap.

Menurutnya, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang mencecah kos jauh lebih tinggi melalui cara berhutang dengan China.

"Dia (Najib) nak curi duit lagi banyak. Dia tahu negara China kaya dengan itu dia membuat cadangan kononnya hendak bina landasan kereta api di pantai timur.

"Belanja yang diperlukan RM55 bilion walaupun kiraan pakar-pakar meletakkan nilai RM30 bilion," ujar bekas Perdana Menteri selama 21 tahun itu.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan Najib sudah terikat dengan kuasa besar ekonomi tersebut manakala usaha untuk melaporkan penyelewengan yang berlaku hanya akan ditangkap.

"Apabila kita hutang dengan orang, kita sebenarnya terikat dengan pihak yang memberi hutang. Sekarang ini Najib hutang lagi RM55 bilion. Dia sudah tidak bebas.

"Semakin lama Najib di situ (Putrajaya), semakin banyak jenayah akan wujud. Kalau kita lapor berkenaan kecurian, orang yang lapor itu pula ditangkap. Ini undang-undang Najib," selarnya dalam Ceramah Pakatan Harapan di Kota Bharu malam tadi.

Mengulas lanjut, Mahathir memberitahu Najib pernah dinasihatkannya supaya tidak lagi menarik sokongan rakyat dengan menggunakan wang.

"Dia (Najib) percaya wang tunai itu adalah raja. Itulah yang dia sembah dan dia percaya orang lain sembah yang dia sembah.

"Dia nak curi duit. Kita tahu RM42 bilion hilang. RM2.6 pula bilion masuk ke akaun peribadi Datuk Seri Najib. Perdana Menteri mencuri. Apabila sampai ke tahap itu, saya tidak boleh bersama Najib," ujarnya.

Beliau sekali lagi mengecam Najib dengan menganggap Presiden Umno itu sebagai tidak tahu malu.

"Kita mahu singkirkan penyangak, pencuri Datuk Seri Najib. Sekarang wang itu ada pada pada Jho Low, Rosmah Mansur. Tubuh 1MDB bukan nak meniaga. Karut saja.

"Kita malu di luar negeri. Inilah Datuk Seri Najib. Tak tahu malu langsung walaupun buat salah. Najib tidak malu sedikit pun," tegas Mahathir lagi.

Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa (kiri)  mengiringi Tun Dr Mahathir dan Isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninjau gerai jualan penduduk di Kampung Laut dalam siri ceramah perdana yang diadakan semalam.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: