Pandikar Amin tegur ahli dewan lambat tarik kenyataan kecaman

Tan Sri Pandikar Amin MuliaTan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menegur ahli parlimen yang mengambil masa terlalu lama untuk menarik balik kenyataan kecaman yang dikeluarkan semasa persidangan Dewan Rakyat.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat itu berkata ahli parlimen sepatutnya berbuat demikian dengan segera sekiranya telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

"Perkara yang berlaku kelmarin, adalah (hal) kelmarin. Jangan hal yang berlaku kelmarin Yang Berhormat bangkitkan pada saya sekarang, kerana kalau saya benarkan itu nanti perkara yang berlaku tahun lalu pun akan juga Yang Berhormat bangkitkan hari ini," katanya sebelum sidang mesyuarat menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau merujuk tindakan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang bangkit untuk menarik balik perkataan kurang elok yang digunakannya terhadap Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) semasa mencelah perbahasan Annuar petang semalam.

Lim menggunakan perkata 'pengecut' dan 'pondan' terhadap Annuar selepas Anggota Parlimen Ketereh itu tidak membenarkan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) mencelah beliau semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel