Ibu Shafie Apdal meninggal dunia, dikebumikan selepas solat Asar

Datuk Seri  Mohd Shafie Apdal  dan ibunya  Allahyarhamah Bunga Suara Dandai.Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan ibunya Allahyarhamah Bunga Suara Dandai.

Ibu kepada Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Bunga Suara Dandai, 85, meninggal dunia di rumahnya di sini pada 6.30 pagi tadi.

Setiausaha Sulit kepada Mohd Shafie, Zamri Maulana dalam satu kenyataan berkata Allahyarham meninggal kerana sakit tua.

Katanya jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Semporna selepas solat asar petang ini.

Difahamkan, ketika Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir, Mohd Shafie  berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen.

Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah, Darell Leiking, berkata beliau mewakili Majlis Tertinggi parti itu merakamkan takziah kepada Mohd Shafie dan keluarga atas pemergian bonda Allahyarhamah.

Ibu kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu Datuk Yusof Apdal itu juga merupakan adik kepada mantan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel