MP Kuching diminta tidak ikut perangai Pas

Jamzuri meminta MP Kuching tidak mengikut perangai Pas di Semenanjung.

Ahli parlimen Kuching, Sarawak diminta tidak bersikap seperti sesetengah pihak dalam Pas ketika cuba menghalang para guru agama dari Semenanjung mengajar di negeri itu.

Jamzuri meminta MP Kuching tidak mengikut perangai Pas di Semenanjung.

Ahli parlimen Kuching, Sarawak diminta tidak bersikap seperti sesetengah pihak dalam Pas ketika cuba menghalang para guru agama dari Semenanjung mengajar di negeri itu.

Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Jamzuri Ardani berkata, Pas bukan sahaja menghalang asatizah yang tidak sealiran dengan mereka dari mengajar di masjid-masjid dan surau-surau yang mereka kuasai malah Ustaz Haji Ahmad Awang, Pengarah Penyelidikan Pusat Islam (kini Jakim) yang telah mengajar puluhan tahun di beberapa masjid pun diberhentikan daripada menyampaikan kuliah.

"Alasan yang mereka berikan tidak banyak berbeza dengan sebab yang YB nyatakan dalam tuntutan agar para asatizah dari Semenanjung tidak dibawa mengajar ke Sarawak.

"Semuanya diasaskan di atas dasar sangka buruk dan fikiran yang sempit," kata Jamzuri dalam satu kenyataan.

Bagi beliau, sikap ini kalau diteruskan, hanya akan merosakkan sikap keterbukaan dan toleransi di kalangan rakyat.

Jamzuri mengulas kenyataan ahli parlimen yang juga Pengerusi DAP Sarawak itu yang meminta Jabatan Pelajaran negeri tidak membawa masuk guru agama dari Semenanjung.

Dalam surat bertarikh 3 Februari, Chong Chieng Jen berkata, Jabatan Pelajaran negeri dengan persetujuan Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat, Datuk Fatimah Abdullah dan kerajaan BN negeri telah meminta 433 guru agama Islam dari Semenanjung Malaysia untuk mengajar di negeri ini.

Chong berkata, alasan yang diberikan untuk mengimport guru-guru Islam adalah kerana terdapat kekurangan guru itu di Sarawak.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, 433 guru agama Islam yang akan dibawa masuk ini bakal menjadi permulaan kepada ketaksuban agama yang kemudiannya disusuli gangguan keharmonian kaum di negeri ini.

Chong, yang juga ADUN Kota Sentosa, turut berasa takut guru-guru agama Islam dari Semenanjung Malaysia itu akan membawa versi ajaran Islam mereka dan mengindoktrinasi kanak-kanak di Sarawak dengan versi pengajaran Islam Umno dan menyebabkan lagi pengasingan kaum.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: