Amanah Kelantan adakan solat hajat bencana H5N1

BaPa Zulkarnain mengimamkan soalt hajat bersama pimpinan Amanah Kelantan.BaPa Zulkarnain mengimamkan soalt hajat bersama pimpinan Amanah Kelantan.

Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan pagi ini mengadakan solat hajat khusus berkaitan wabak selsema burung akibat jangkitan virus H5N1 yang sedang melanda negeri Kelantan sekarang.

Solat hajat berkenaan diadakan selepas program kuliah mingguan di Wisma Tok Guru, Salor.

Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa yang turut menyampaikan kuliah sebelum itu berkata rakyat Kelantan akan terkesan secara menyeluruh akibat wabak ini kerana pergantungan besar kepada industri berasaskan spesis burung.

Sebahagian besar penduduk Kelantan juga bergantung hidup kepada industri ternakan ayam sama ada secara kecil-kecilan di rumah atau pengeluaran komersil," katanya,

Berhubung bencana ini juga beliau meminta orang ramai bermuhasabah khususnya berkaitan penggunaan burung sebagai satu permainan tradisi.

"Kepada pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah, daging ayam kini menjadi sumber utama makanan akibat kenaikan harga ikan.

"Memang burung-burung diciptakan dengan perbagai suara merdu yang mempersonakan, sebenarnya mereka sedang berzikir mengingati Allah.

"Malangnya ada d kalangan kita yang menjadikan permainan dan pertandingan suara burung sehingga lalai suruhan Tuhan termasuk meninggalkan solat Jumaat," katanya.

Beliau bimbang unsur-unsur seperti ini menjadi punca penyebab bala yang melanda ini.

"Saya tidak melarang kawan-kawan yang gemar menghayati keindahan kemerduan suara burung tetapi jangan lakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah.

Rabu lalu kerajaan negeri mengumumkan Kelantan sebagai daerah bencana dan semua pergerakan unggas keluar dari negeri itu dilarang.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: