Pemuda Pas dakwa DAP parti cauvinis, biadab

Pas menjadikan lidah rasmi parti itu, Harakah untuk menyerang DAPPas menjadikan lidah rasmi parti itu, Harakah untuk menyerang DAP

Menjelang Muktamar Tahunan Pas ke-63 di Kedah pada April nanti, Pemuda parti itu secara terbuka menyerang DAP.

Sikap sayap parti Islam berkenaan dapat dilihat pada paparan muka depan Harakah keluaran terbaharu.

Naib Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khiruddin dan Ketua Dewan Penerangannya,  Ahmad Fadhli Shaari mengambil tempat di halaman hadapan lidah rasmi parti itu.

Khairil yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan menganggap DAP semakin biadab dan menggelarnya sebagai parti cauvinis.

Sementara itu, Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas Kelantan menuduh DAP mempunyai motif terselindung terhadap agama Islam.

Akhbar tersebut tampil dengan tajuk utama 'Semakin biadab!' dengan mendakwa DAP sebagai mencampuri isu umat Islam.

Reaksi berang Pas itu ekoran dakwaan DAP menentang pindaan Akta 355 dan campur tangan dalam isu penempatan guru Pendidikan Islam dari Semenanjung ke Sarawak.

Dua halaman berikutnya turut memaparkan pendirian dua lagi pemimpin muda parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

Mereka adalah Ketua Pemuda Pas Sarawak, Arifiriazul Paiji dan Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Ahmad Amzad Hashim yang berasal dari Terengganu.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: