Kerusi PBT: Amanah Selangor ucap terima kasih

Amanah Selangor mahu Kerajaan Pakatan Harapan negeri terus kukuh
Walaupun PAS Selangor secara terbuka melahirkan rasa tidak puas hati dengan pengagihan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), lain pula reaksi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri.

Ir Izham HashimPengerusi Amanah Negeri Selangor, Ir Izham Hashim menyambut baik dan berterimakasih dengan kesediaan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Selangor memberi ruang kepada Amanah Selangor berperanan dalam PBT negeri.

Menurut beliau, apa yang penting bukanlah bilangan kerusi PBT yang diperolehi Amanah tetapi memastikan Pakatan Harapan terus kukuh di Selangor.

"Amanah Selangor akan meneruskan rundingan dengan pimpinan Kerajaan Pakatan Harapan bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah tepat dan bersesuaian bagi memastikan Pakatan Harapan terus kukuh di Selangor.

"Sokongan dan komitmen kami terhadap Pakatan Harapan adalah tetap utuh dan kukuh," ujarnya.

Lapan kerusi ahli majlis PBT bagi penggal 2016-2017 dibahagikan kepada wakil Amanah.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah, kontroversi pembahagian kuota ahli majlis PBT selesai hasil perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam.

"Tidak penting untuk tahu parti mana yang serahkan kerusi untuk Amanah tapi perkara ini telah diputuskan kerajaan negeri.

"Penggal baharu 2016-2017akan bermula 15 Januari ini dengan 288 kerusi akan diisi namun berbaki dua lagi kerusi milik PKR dan DAP yang belum diputuskan nama ahli majlis di Petaling Jaya dan Kuala Langat," katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat MMKN.

Menurut Ean Yong, buat masa ini lima kerusi sah milik Amanah antaranya di Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

"Untuk ahli majlis MBPJ dan MDKL kita (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) masih belum muktamad nama ahli majlis.

"286 kerusi sudah dimuktamadkan bagaimanapun sebelum 15 Januari ini semua senarai nama akan dipenuhkan," katanya.

Sebelum ini, Amanah mengemukakan permohonan 34 kerusi dengan dua ahli majlis untuk setiap PBT.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: