Ahmad Fadhli bidas tulisan Kadir dakwa Pas terima dana Umno

Ahmad Fadhli Shaari A Kadir Jasin

Naib  Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Ahmad Fadhli Shaari  membidas kenyataan Datuk A Kadir Jasin menerusi kenyataan di blognya yang melontarkan pandangan seolah-oleh gaya hidup mewah sesetengah pemimpin Pas daripada sumber pendapatan yang lumayan diperoleh daripda dana Umno.

 

Ahmad Fadhli ShaariNaib  Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat  Ahmad Fadhli Shaari  membidas kenyataan Datuk A Kadir Jasin menerusi kenyataan di blognya yang melontarkan pandangan seolah-oleh gaya hidup mewah sesetengah pemimpin Pas daripada sumber pendapatan yang lumayan diperoleh daripda dana Umno.

Ahmad Fadhli   mendakwa, kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press itu lebih menyentuh dan memaksa pembaca untuk percaya bahawa Pas menerima dana daripada Umno.

"Saya membaca patah demi patah tulisan Datuk A Kadir apabila ia membabitkan Pas. Antara yang terkini ialah apabila mengulas berkenaan kerajaan Selangor yang masih dianggotai oleh tiga exco Pasyang tidak meletakkan jawatan.

"Antara lontarannya ialah: “Tetapi gaya hidup mewah sesetengah pemimpin agama Pas menyebabkan banyak orang percaya bahawa Pas memang ada sumber pendapatan baru yang lumayan…”

"Sebenarnya, dalam banyak tulisan kebelakangan ini, beliau berkali-kali menyentuh dan memaksa pembaca agar percaya bahawa Pas menerima dana daripada Umno.

"Secara konsisten, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press yang ‘disembelih’ selepas gagal menjana kemenangan bergaya Umno dalam pilihanraya 1999, habis-habisan menembak Pas dan pimpinannya saban hari melalui tulisannya hari ini," katanya dalam satu kenyataan di facebooknya.

Datuk A Kadir Jasin Menurut Ahmad Fadhli, tidak logik seorang penulis veteran sepertinya melontarkan tuduhan melulu ke atas Pas hanya kerana apa yang didakwanya ‘sesetengah’ pimpinan Pas hidup mewah lalu menyebabkan ‘banyak’ orang percaya Pas menerima dana daripada Umno.

"Menggunakan dua kali ‘pemboleh ubah’ iaitu ‘sesetengah’ dan ‘banyak’ boleh menyelamatkan Kadir daripada disaman walaupun apa yang dilepaskan itu hanyalah peluru penabur yang tidak mengena sasaran," katanya.

Beliau turut mempersoalkan kekayaan yang dimiliki pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), parti yang diturut serta oleh Kadir.

"Jika begitu, mari kita berbincang di atas perkataan sesetengah. Kaya sangatkah sesetengah pemimpin Pas itu berbanding sesetengah pemimpin PPBM yang dianggotai oleh Kadir Jasin sekarang?

"Empayar mewah melibatkan anak-anak di dalam bidang perniagaan adakah tidak wujud di lingkaran pemimpin PPBM? Bukanlah tulisan ini ingin menyerang parti yang baru sahaja lahir ini kendati pula sebahagiannya merupakan rakan-rakan kita, namun jika ia dijadikan asas perbandingan, ia boleh diletakkan di atas para yang sama.

"Sudah tentu jawapannya, sesetengah pemimpin yang kekayaannya melimpah ruah sehingga mengkayakan anak-anak sudahpun kaya sebelum ini. Lalu, itulah juga jawapannya terhadap kekayaan sesetengah pemimpin Pas yang diserang oleh Kadir.

"Lihat sahaja perniagaan yang dimiliki oleh pemimpin Pas yang didakwa kaya itu. Mereka bukannya bekerja menulis blog yang sekejap mati sekejap hidup, atau bekerja menulis tribute tokoh demi mencari sesuap dua pendapatan.

" Mereka punya pendapatan dan perniagaan, adakah bergelar pemimpin Pas, mestinya mengheret tin milo di tepi masjid?," tambahnya.

Beliau turut menekankan bahawa tulisan Kadir sarat dengan fitnah dan provokasi dan ingin mengingatkan kepada kawan-kawan di dalam Bersatu, jika Kadir gagal membantu Mahathir di dalam Umno sekitar PRU 1999 dahulu, maka dengan kudrat semakin hilang dan mata semakin rabun selepas 20 tahun kemudian, besar kemungkinan kegagalan itu akan berulang.

"Saya ingin mengulangi kata-kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika mengulas perletakan jawatan Kadir daripada NST belasan tahun lampau, “seseorang yang bermain dengan pedang akan mati di hujung pedang”.

"Datuk, Bangunlah bangsa dengan pena, namun bukan dengan melakar fitnah.," akhirinya.

Kadir diselar ekoran kenyataan didalam blog bertarikh 15 Mei lalu, berkaitan tiga exco Pas Selangor iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib yang tidak meletakkan jawatan ekoran keputusan Pas untuk memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel