PH Johor akan raih 15 kerusi Parlimen jika berlaku gelombang rakyat

Liew Chin TongLiew Chin TongPengerusi DAP Johor Liew Chin Tong menyakini Pakatan Harapan Johor akan memperoleh antara 10 hingga 15 kerusi Parlimen sekiranya berlaku gelombang rakyat pada Pilihan raya Umum ke-14 akan datang.

Beliau menjangkakan dengan kehadiran dua lagi parti dalam komponen Pakatan Harapan membabitkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (bersatu) menjadi faktor pendorong kepada sasaran kerusi tersebut.

"Hari ini bersejarah kerana Pakatan Harapan bermesyuarat hari pertama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) dan Salahuddin Ayub (Timbalan Presiden Amanah) di johor dengan kehadiran dua tokoh besar ini akan memberi kekuatan kepada Pakatan Harapan Johor.

"Johor adalah 'front line state' paling penting untuk Pakatan Harapan.

"Jika ada kebangkitan rakyat, dijangkakan Johor boleh menyumbang 10 mungkin 15 kerusi parlimen," ujarya yang menyasarkan beberapa kerusi yang dimiliki oleh Barisan Nasional di negeri itu tanpa menyebutkan kawasan yang mungkin Pakatan Harapan boleh menang.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat khas pimpinan Pakatan Harapan yang diadakan di ibupejabat Bersatu di Johor semalam.

Pada PRU13 lalu kedudukan kerusi parlimen di Johor, BN menang 21 dari 26 kerusi bertanding, DAP (4) dan PKR 1 kerusi. Manakala di Dewan Undangan Negeri pula BN 38 kerusi, Pas (4), DAP (13) dan PKR 1 kerusi.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel