Aktivis, keluarga berhimpun untuk Shazni di IPD

Isteri Shazni memberikan ucapan semasa perhimpunan.

35 aktivis bersama keluarga hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Putrajaya bagi memberikan Solidariti kepada Shazni Munir yang direman 4 hari sehingga Selasa ini.

Shazni ditahan berikutan Himpunan Bantahan RDPT yang dilakukan Pemuda dan Wanita Pakatan Harapan di perkarangan bangunan SPR bulan lalu.

Shazni Munir tetap tabah walaupun digari.Turut serta di Perkarangan IPD Putrajaya itu adalah isteri dan anak-anak Shazni.

Mereka melaungkan kata-kata semangat untuk naib ketua pemuda Amanah nasional itu dan turut memberikan ucapan.

Antara yang memberikan ucapan adalah Sany Hamzan, Ketua Pemuda Amanah Nasional, Ashraf Exco Hubungan Luar Armada PPBM dan beberapa aktivis lain.

Turut hadir bersama malam tadi adalah rakan-rakan Pemuda Amanah Nasional, Wanita Muda Amanah (Warda), aktivis Amanah Negeri Sembilan, Johor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan beberapa wakil daripada kawasan yang mengambil bahagian.

Himpunan solidariti itu berakhir kira-kira jam 11.45 malam.

Menurut isteri Shazni, Puan Zarith, beliau bersama anak-anak dan kedua ibu bapa akan ke IPD Putrajaya pagi ini bagi melawat Shazni.

Wan Anwar Wan Ibrahim, peguam kepada Shazni berkata, hari ini beliau akan berhubung dengan Insp. Vinoth pegawai penyiasat kepada Shazni bagi bertanya berkenaan perkembangan terkini Shazni dan perihal pembebasan Shazni pada hari esok.

Pimpinan Pemuda Pakatan Harapan menyatakan sokongan untuk Shazni Munir di IPD Putrajaya malam tadi.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: