100 kakitangan bukan Islam CIMB rasai pengalaman berpuasa, berbuka

Yong Jiun Run tidak tahu apa yang akan dialaminya apabila beliau mengambil keputusan untuk cuba berpuasa buat kali pertama, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbankan Komersial Kumpulan CIMB itu berkata beliau hanya mahu menamatkan cabaran bagi amal melalui “'Puasa-thon 2017”.

Beliau adalah antara 100 kakitangan buklan Islam yang mengambil bahagian dan berjaya berpuasa penuh hari ini.

Selain itu, mereka juga menyumbang RM100 setiap seorang kepada rumah anak yatim dan rumah orang tua terpilih serta orang kelainan upaya.

Ini merupakan tahun kedua acara itu dianjurkan oleh CIMB Islamic Bank Berhad untuk menggalakkan bukan bukan Islam berpuasa selama satu hari semasa bulan Ramadan.

Ketika berkongsi pengalaman pertama berpuasa, Yong yang juga penaung Puasa-thon berkata beliau tidak berasa lapar walaupun mempunyai jadual yang sibuk.

"Pada mulanya, saya sangka sayua akan terasa sangat lapaer dan tida boleh 'tahan' semasa waktu makan tengah hari tetapi saya memberitahu diri saya untuk bersabar dan memikirkan mengenai makanan,” katanya semasa berucap pada acara itu di sini, hari ini.

Beliau berkata acara itu brtjujuan untuk meningkatkan kefahaman yang mendalam antara agama dan memupuk semangat kekitaan serta menyumbang kepada badan amal dan menyatukan kakitangan CIMB melalui pengalaman yang unik ini.

"Kami diajar mengenai bagaimana untuk berpuas dan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa berpuasa. Saya diberitahu bahawa berpuasa juga membantu membersihkan tubuh badan kita dan baik untuk kesihatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Islam Kumpulan CIMB Rafe Haneef befrkata beliau kagum apabila ramai kakitangan bukan Islam menyertai Puasa-thon tahun ini.

"Tahun lepas, kira-kira 200 kakitangan buklan Islam menyertai acara tersebut dan kami menerima maklum balas positif daripada mereka untuk menganjurkan acara itu setiap tahun semasa bulan ramadan yang mulia ini,” kata beliau.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: