Pesawat Hawk TUDM terputus hubungan

Malaysia TUDM Hawk

Markas Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan sebuah pesawat pejuang TUDM jenis Hawk 108  gagal dikesan radar dan dikhuatiri hilang.

Pesawat itu dikhuatiri hilang dipersekitaran utara Kuantan iaitu di persempadanan Terengganu dan Pahang.

Kenyataan menyebut pesawat itu telah berlepas dari Pengakalan Udara Kuantan pada jam 11.00 pagi tadi dan terputus hubungan pada jam 11.30 pagi.

Pihak TUDM telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat.

Sebarang perkembangan lanjut mengenai insiden ini akan dimakumkan TUDM dari masa ke semasa menurut kenyataan itu.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: