• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Ahli parlimen PAS saran Majlis Raja-raja berusaha pecat Najib

Datuk Mahfuz OmarDatuk Mahfuz OmarMajlis Raja-Raja Melayu disarankan supaya berusaha untuk memastikan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dipecat ekoran skandal 1MDB dan membentuk satu Kerajaan Peralihan daripada semua pihak bagi melakukan reformasi pentadbiran negara.

Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar juga menyarankan agar Raja-Raja Melayu tidak boleh membiarkan institusi Raja-Raja tercalar oleh institusi awam yang berdiri atas nama DiRaja bertindak berasaskan campurtangan kuasa politik pemimpin korup yang menerajui negara sekarang.

"DYMM Raja-Raja harus sedar pentadbiran negara sekarang tak ubah seperti mana perjalanan pentadbiran sebuah kumpulan mafia. "Dalam kumpulan mafia siapa lawan ketua akan ditembak tetapi dalam politik negara siapa yang mengancam Najib akan dicantas, diugut dan sebagainya," kata Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menyarankan Majlis Raja-Raja perlu memberi tekanan yang lebih tegas dan keras dan berusaha untuk membawa kepada pemecatan Peguam Negara yang hingga kini telah lebih sebulan kertas laporan siasatan Bank Negara berkaitan 1MDB dengan cadangan tindakan telah diserahkan pada Peguam Negara tanpa sebarang tindakan diambil.

Mahfuz mengulas kenyataan Majlis Raja-raja semalam yang mahu kes 1MDB diselesaikan dengan segera.

Bagi Mahfuz,  saranan dan gesaan ini memperlihatkan betapa keperihatinan Majlis Raja-Raja Melayu terhadap kesan skandal tersebut terhadap beban kehidupan rakyat Malaysia.

"Saya berpendapat saranan dan gesaan Majlis Raja-Raja seharusnya lebih keras dan tegas setelah melihat kepada pelbagai massalah timbul dalam pengendalian penyiasatan yang berjalan setakat ini sehingga membawa kepada pemecatan Tan Seri Muhiyudin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri ekoran daripada perbalahan beliau dengan PM dalam isu 1MDB," kata Mahfuz.

Begitu juga pemecatan Tan Seri Gani Patail sebagai Peguam Negara pada saat kerancakan Peguam Negara pada waktu itu sedang meneliti kertas siasatan yang dibuat oleh Pasukan Khas 1MDB pelbagai agensi siasatan, katanya.

"Keperihatinan Majlis Raja-Raja sangat saya sanjungi tetapi seharusnya memperlihatkan tindakan yang lebih drastik melindungi negara dan rakyat dimana Raja-Raja sebagai payungnya," katanya.

Namun, katanya, Majlis Raja-Raja tidak boleh membiarkan institusi awam dan pegawainya bersendirian  apa bila berlaku ugutan kepada pegawai pegawai agensi penyiasatan seperti SPRM , PDRM dan Bank Negara yang mengalami tekanan dan ugutan seperti yang didedahkan oleh Datuk Hamid Bahador, bekas Timbalan Ketua Polis Cawangan Khas.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel