Iskandar patut malu pada pengundi Dun Cempaka, kata Noh Omar

Noh Omar

Exco Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad sepatutnya malu pada dirinya sendiri apabila rakyat Dun Chempaka mula mengadu nasib kepada wakil rakyat lain, kata Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar.

Noh menjelaskan tindakan beliau turun padang ke Flat Kos Rendah Pandan Utama, yang berada di bawah Dun Chempaka, minggu lalu adalah atas jemputan penduduk.

“Saya dapat laporan, mereka (penguni flat) sudah putus asa. (Mereka) tulis surat, (Adun) tak jawab. (Mereka) buat laporan tiada tindak balas.

“Jadi bila mereka jemput saya, saya datang. Jangan marahkan saya. Dia patut malu pada diri dia sendiri,” ujarnya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada pesakit di Hospital Tanjong Karang, pada Sabtu seperti dilapor Selangor Post.

Ujar Noh beliau tidak menipu mengenai rungutan penduduk Dun Chempaka kepadanya.

Ketika turun padang di flat kos rendah itu, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan dana RM1.6 juta untuk menggantikan lif, bumbung dan pam tangki air yang sudah rosak.

Iskandar menerusi laman facebooknya mempersoalkan tindakan Noh dan bertindak menyenaraikan semua peruntukan yang sudah kerajaan negeri Selangor laksanakan.

“Saya buat kenyaan berdasarkan kenyataan berasaskan maklum balas penduduk. Sebagai wakil rakyat saya nak cabar Iskandar, beritahu pada kita, kawasan yang saya pergi sebelum ini dia bagi peruntukan,” ujar Noh.

“Kalau dia tengok masalah rakyat, kenapa saya kena belanja dekat enam juta di Dun dia? Dia Exco, di kawasan dia sahaja saya belanja dekat enam juta.

“Lif bermasalah (di Flat Kos Rendah Pandan Utama) dah lima tahun. Iskandar pula dah dua penggal jadi Adun di Chempaka. Dia buat apa? Kalau saya tak tururn padang di DUN Chempaka  saya tak tahu apa masalah rakyat,” ujarnya.

“Penduduk kata dia (Iskandar) ada datang sekali sebelum pilihan raya dulu, dia ada bagi satu kepala paip. Paipnya ada enam, tiga dah rosak. Satu Iskandar bagi tapi dia bagi sebelum pilihan raya. Sekarang dah nak pilihan raya baru, Iskandar tak pihak pun lagi kawasaan itu.

“Itu bukan saya yang cakap, itu orang kampung yang cakap. Bukan saya yang menipu, dia yang menipu rakyat. Kalau dia berani, turunlah ke kawasan yang saya turun itu, tanya sendiri (penduduk),” ujarnya lagi.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel