• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Tolak jumpa DAP: PKR dakwa Mufti Pahang malukan umat Islam

 

Mufti Pahang tolak jumpa DAPMufti Pahang tolak jumpa DAPKetua Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama (BiPPA) AMK Malaysia, Wan Ji Wan Hussin berkata,  dakwaan DAP sebagai "musuh Islam" walau atas alasan memberi nasihat sekalipun, merupakan tuduhan yang berat dan perlu diselesaikan dengan ilmiah dan berfakta.

"Dalam pengajian usul fiqh, ada kaedah menyatakan bahawa hukum sesuatu perkara, setengahnya terletak pada mengetahui gambaran perkara yang mahu dihukumkan itu.

"Justeru, wajib bagi mufti bahawa berdialog dan berhujah dengan pihak DAP untuk memastikan sejauh mana kebenaran disebalik dakwaan DAP sebagai Musuh Islam itu," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Khutbah Aidiladha yang disiarkan dalam versi PDF di laman web Jabatan Mufti Negeri Pahang untuk kegunaan para khatib antara lain menyebut:

"Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti Umno, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru. Malahan ada dikalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terang menentang Islam..."

Ekoran dakwaan ini, DAP berkira-kira mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Dr Abdul Rahman bagaimanapun berkata,  JAIP tidak akan memohon maaf daripada DAP berhubung isi kandungan khutbah Aidiladha yang dibaca di masjid-masjid negeri itu pada 24 September lalu.

Merujuk kepada sejarah umat ISlam, Wan Ji berkata, Saidina Ali ada menghantar wakil untuk berhujah ketika berhadapan dengan Khawarij yang ketika itu mahu melakukan pemberontakan.

Katanya, jika Saidina Ali boleh berdialog dan menyampaikan hujah yang jitu dalam berhadapan dengan pemberontakan, sudah pasti amat tidak wajar pihak mufti tidak bersedia berhujah dan berdialog dengan DAP atas tuduhan sebagai musuh Islam.

"Sedangkan mereka tidak pernah memberontak, malahan tuduhan bahawa mereka sebagai musuh islam itu sendiri masih kabur.

"Sebagai mufti yang dianggap mewakili suara Islam oleh ramai rakyat Malaysia, amat perlu sedia mengambil sikap seperti Saidina Ali agar tidak merosakkan imej agama Islam," katanya.

Tegasnya juga, pihak mufti patut bebas berhujah dan tidak takut berkata tentang kebenaran.

Jika tidak, sudah pasti kenyataan para mufti selepas ini akan dianggap picisan oleh rakyat Malaysia.

"Keadaan ini, sudah pasti memberi implikasi buruk pada imej institusi mufti di mata rakyat Malaysia, terutama dalam kalangan bukan muslim," katanya lagi.

BiPPA AMK Malaysia turut berharap pihak mufti Pahang mengambil sikap profesional dalam berhadapan dengan isu perbezaan politik kepartian, di samping menjauhkan pendekatan yang boleh melahirkan permusuhan antara rakyat Malaysia.

"Pihak BiPPA AMK Malaysia juga berdoa agar budaya rahmat menjadi amalan rakyat Malaysia. Sudah pasti, amalan permusuhan berasaskan kaum dan agama dapat dielak," katanya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: