Terpulang pada panel, kata Chegubard selepas mengadap lembaga disiplin PKR

Azmin lawan CikgubardAzmin lawan Cikgubard

Selepas membentangkan aduan yang mulanya dikemukakan pada 10 September tahun lalu selain dokumen berlabel rahsia melibatkan proses tender terbuka, anggota seumur hidup PKR, Chegubard menyerahkan tindakan seterusnya kepada pihak lembaga disiplin parti itu.

Beliau atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin sebelum ini mempertikaikan tindakan Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali berhubung pemberian kawasan balak tanpa melalui tender terbuka.

Chegubard berkata, sesi pendengaran berkenaan yang berlangsung kira-kira 1 jam 30 minit merupakan kali pertama seumpamanya selepas puluhan aduan dikemukakan sejak 2010.

“Saya buktikan sememang Azmin menipu dalam perkara tersebut. Dan kini terpulang kepada panel lembaga disiplin utk bertindak atau mendedahkan dokumen tersebut,” ujar beliau dipetik dari kenyataan di Facebook miliknya.

Pada sesi pendengaran itu, beliau turut diiringi ahli parti, Faizal Mejik Samm yang juga antara lebih 10 pengadu berkenaan tindakan Azmin yang muncul di media memfitnah Presiden mengamalkan kronisme dan nepotisme selepas pilihan raya umum ke-13 kerana kecewa tidak dilantik menjadi Menteri Besar.

“(Tetapi) tindakan tidak diambil maka ia menjadi tanda aras kritik di media tidak salah sebab Timbalan Presiden buat benda yang sama dan tidak dihukum,” tegasnya yang juga bekas Ketua Cabang Rembau itu.

Sehubungan itu, Chegubard berkata, PKR harus berlainan sama sekali dengan Umno-BN yang telah mengecewakan rakyat.

“Saya tegaskan Umno BN itu rakyat sudah kecewa... yang membolehkan kita ke Putrajaya ialah kita cuma perlu yakinkan rakyat kita berbeza dan jauh lebih baik dari yang ada,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Azmin mencabar Chegubard supaya tidak ‘menyalak’ kepada pihak media sebaliknya mengemukakan bukti berkenaan projek pembalakan di Selangor itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: