Turki gesa gugur 13 tuntutan terhadap Qatar

Numan Kurtulmus

Timbalan Perdana Menteri Turki  Numan Kurtulmus menggesa Arab Saudi dan tiga lagi negara di Teluk menggugurkan 13 tuntutan terhadap Qatar, kerana tindakan itu dianggap melanggar kedaulatan negara itu.

Agensi berita Reuters dipetik melaporkan, ketika ditemuramah rangkaian al-Jazeera, beliau turut memberi amaran kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan berkata, tindakan itu bakal menghasilkan konflik dan akibatnya sukar diramal.

Turki memihak kepada Qatar dalam krisis yang bermula sejak bulan lalu ketika Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir mengenakan sekatan ke atas Doha.

Keempat-empat negara itu menuduh Doha menyokong keganasan dan mendesak Qatar supaya akur dengan 13 tuntutan, termasuk menutup rangkaian televisyen al-Jazeera dan pangkalan tentera Turki.

Tuduhan itu dinafikan Qatar dan menolak semua tuntutan terbabit dengan mengatakan kesediaannya untuk duduk berbincang.

"Presiden akan mendengar penjelasan semua pihak tetapi Arab Saudi perlu menghentikan tekanan, termasuk menimbangkan kembali 13 tuntutan itu," kata Kurtulmus.

Katanya, Qatar pula perlu berpendirian positif untuk membuka jalan rundingan dan Turki sedia bertindak selaku pengantara.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bakal mengadakan lawatan ke Arab Saudi, Kuwait dan Qatar pada 23 hingga 24 Julai ini sebagai usaha untuk menyelesaikan krisis itu.

menggesa Arab Saudi dan tiga lagi negara di Teluk menggugurkan 13 tuntutan terhadap Qatar, kerana tindakan itu dianggap melanggar kedaulatan negara itu.

Agensi berita Reuters dipetik melaporkan, Numan Kurtulmus ketika ditemuramah rangkaian al-Jazeera turut memberi amaran kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan berkata, tindakan itu bakal menghasilkan konflik dan akibatnya sukar diramal.

Turki memihak kepada Qatar dalam krisis yang bermula sejak bulan lalu ketika Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir mengenakan sekatan ke atas Doha.

Keempat-empat negara itu menuduh Doha menyokong keganasan dan mendesak Qatar supaya akur dengan 13 tuntutan, termasuk menutup rangkaian televisyen al-Jazeera dan pangkalan tentera Turki.

Tuduhan itu dinafikan Qatar dan menolak semua tuntutan terbabit dengan mengatakan kesediaannya untuk duduk berbincang.

"Presiden akan mendengar penjelasan semua pihak tetapi Arab Saudi perlu menghentikan tekanan, termasuk menimbangkan kembali 13 tuntutan itu," kata Kurtulmus.

Katanya, Qatar pula perlu berpendirian positif untuk membuka jalan rundingan dan Turki sedia bertindak selaku pengantara.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bakal mengadakan lawatan ke Arab Saudi, Kuwait dan Qatar pada 23 hingga 24 Julai ini sebagai usaha untuk menyelesaikan krisis itu.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel