Akibat trauma tayar trak meletup disangka bom

Letupan bom di Jakarta mengakibatkan trauma di kalangan pendudukLetupan bom di Jakarta mengakibatkan trauma di kalangan penduduk

Orang ramai di sekitar Jalan Thamrin, Jakarta tempat kejadian serangan bom oleh pengganas di bandar raya ini, terus trauma apabila mereka berlari bertempiaran apabila terdengar satu lagi letupan pada kira-kira pukul 9 malam tadi.

Letupan berdekatan bangunan Badan Pengkajian dan Penerapan Teknolgi (BPPT), di sini itu boleh didengar sehingga 500m itu menyebabkan ramai yang menjadi panik sehingga ada yang menangis ketakutan.

Bagaimanapun polis mengesahkan letupan itu adalah bunyi tayar sebuah trak pecah di jalan itu.

Ketua Polis Jakarta Pusat, Hendro Pandowo memberitahu pemberita di sini orang ramai mungkin masih trauma dengan kejadian pagi tadi dan sensitif dengan sebarang bunyi letupan.

Polis juga telah melakukan pemeriksaan dan memastikan tidak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Kita sudah pastikan tidak ada letupan bom tetapi hanya letupan tayar lori sahaja. Keadaan terkawal dan jalan sudah dibuka seperti biasa," katanya.

Tinjauan Bernama di tempat kejadian mendapati orang ramai masih lagi berhimpun berdekatan bangunan tersebut untuk mengikuti perkembangan walaupun keadaan sudah terkawal.

Pada kejadian pukul 10.50 pagi tadi, tujuh orang termasuk lima suspek penjenayah dan dua orang awam terbunuh selepas berlaku insiden letupan bom dan tembak menembak di hadapan Gedung Cakrawala di Jalan Thamrin di sini.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: