• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Kekalkan Najib hingga PRU-14 lebih memudaratkan negara, kata Amanah

Khalid Samad AmanahKhalid Samad AmanahTindakan untuk mengekalkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang bagi memudahkan Barisan Nasional (BN) dijatuh satu tindakan yang tidak betul dan memudaratkan negara.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad berkata, prestasi buruk Najib membahayakan ekonomi negara di samping taktik melaga-lagakan antara kaum yang diguna Umno demi kekal berkuasa mengancam keharmonian kaum di negara ini.

"Saya secara peribadi tidak setuju dengan pendekatan menyimpan perdana menteri ini yang secara perlahan-lahan tetapi pasti akan merosakkan semata-mata bagi memberikan kelebihan kepada kita dalam pilihan raya umum akan datang.


"Cara mereka (Umno) menggunakan politik perkauman di bawah Najib sekarang, kita mungkin akan bercakaran sesama sendiri menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Rizab negara kita mungkin tinggal separuh dan hutang negara mungkin meningkat 2 kali ganda pada masa itu.

"Saya tak fikir dia patut kekal walau sehari lagi sekalipun. Kalau semalam kita boleh singkirkan dia, kita sudah patut berbuat demikian," kata bekas pemimpin PAS itu pada sesi soal jawab selepas majlis makan malam meraih dana Amanah di Dewan Kuil Thean Hou di Kuala Lumpur, malam tadi.

Sebelum ini, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendirian, Najib perlu dikekalkan sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang bagi memudahkan BN dijatuhkan.

Hujjah ini kemudian digunakan oleh penyokong PAS sebagai alasan untuk tidak menyerang Najib termasuk menolak cadangan membuat undi tidak percaya kepada beliau dalam sidang parlimen akan datang.

Bagi sesetengah pimpinan Amanah pula, alasan ini tidak masuk akal. Alasan sebenar PAS adalah untuk tidak menyerang Najib sebagai balasan kepada usaha untuk membolehkan pindaan Akta 355 bagi memberi laluan kepada pelaksanaan sebahagian hukum hudud di Parlimen disokong Umno.

Naib presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, PAS sedia untuk menghentikan genjatan senjata dengan Umno jika Akta itu tidak jadi dipinda.

Sementara itu, setiausaha agung PKR yang juga ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, usul undi tidak percaya kepada Najib akan dikemukakan seawal minggu pertama sidang parlimen hujung Oktober nanti.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: