• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Kempen 'Mana RM2.6 bilion' jadi tema kempen Pakatan Harapan

 

Kempen 'Mana RM2.6 bilion' kini merebak ke Kelantan.

Kempen "Mana RM2.6 bilion" kini seolah-olah menjadi tema kempen Pakatan Harapan (PH) apabila sepanduk itu dinaikkan oleh peserta mana-mana perhimpunan mereka.

RM2.6 bilion adalah jumlah wang yang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu yang dipercayai untuk tujuan kempen pilihan raya itu.

Ia menjadi isu utama media antarabangsa menyerang kredibiliti pemimpin negara.

Malam tadi, berpuluh-puluh sepanduk "Mana RM2.6 bilion" dinaikkan dalam majlis pelancaran PH peringkat negeri Kelantan di Pasir Mas.

Kempen yang bermula dalam sidang Dewan Rakyat sebaik sahaja selesai perdana menteri Najib menyampaikan Bajet 2016 itu kini merebak ke merata-rata.

Mana 2.6 bilion di IPK KelantanDi Kelantan ini bukan pertama kali kempen sebegini dibuat tetapi sudah bermula di tengah-tengah bandar Kota Bharu apabila sepanduk besar dinaikkan oleh PAS Kawasan Kota Bharu.

Namun ia menerima penentangan dari penyokong Najib apabila sepanduk ini dibakar.

Ekoran itu, pemimpin PAS Kota Bharu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dekat Pengkalan Chepa.

Laporan polis itu dibuat oleh pemangku yang dipertua PAS Kota Bharu sendiri, Dr Rosli Ahlani dengan disertai oleh ahli jawatankuasanya.

Malam tadi sekali lagi sepanduk ini dinaikkan oleh orang ramai dalam majlis pelancaran PH peringkat negeri Kelantan.

Turut serta malam tadi adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu dan juga pemimpin PKR Pusat Dr Mohamad Nor Manuty.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: