• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Flashmob #TangkapMO1: Mahasiswa failkan saman kepada PDRM

Mahsiswa UiTM  Seri Iskandar ketika mengadakan demontrasi "TangkapMO1'  yang menimbulkan kekecohan dengan anggota polis sehingga mereka ditahan reman baru-baru ini.Mahsiswa UiTM Seri Iskandar ketika mengadakan demontrasi "TangkapMO1' yang menimbulkan kekecohan dengan anggota polis sehingga mereka ditahan reman baru-baru ini.

Mahasiswa yang ditangkap ketika memberikan penerangan mengenai “Malaysian Official One” di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak baru-baru ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Ipoh terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Tiga mahasiswa tersebut iaitu Muhammad Luqman Hakim Bin Mohd Fazli, Mohamad Luqman Nul Hakim Bin Zul Razali dan Muhammad Ashraff Nazrin Bin Noor Azman diwakili peguam Mohd Fitri Asmuni dari Tetuan Awi & Co.

Menurut Fitri yang juga ketua pemuda merangkap pengerusi Biro Undang-Undang (Kanun) Pemuda Amanah Negeri Perak dalam satu kenyataan hari ini, saman itu difailkan atas sebab PDRM menghalang hak asasi Plaintif-Plaintif untuk mendapatkan khidmat guaman dan akses kepada peguam semasa mereka berada dalam tempoh tahanan polis selama tiga hari.

Mereka ditangkap dan ditahan reman selama tiga hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar, Perak kerana disyaki menceroboh ke dalam premis UiTM Seri Iskandar Perak pada 20 Ogos lalu ketika sedang mengadakan perhimpunan flashmob #TangkapMO1 di hadapan UiTM tersebut.

Saman difailkan ke atas pegawai penyiasat, bahagian siasatan jenayah, IPD Perak Tengah, Inspektor Khoo Thean Heng; ketua polis daerah Perak Tengah; ketua polis Negara; dan kerajaan Malaysia.

Tuntutan yang dibuat adalah seperti berikut:

1. Satu deklarasi bahawa Plaintif-Plaintif mempunyai hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah untuk mendapatkan khidmat guaman dan/atau akses kepada peguam semasa di dalam tempoh tahanan tersebut dan tindakan Defendan-Defendan menghalang Plaintif-Plaintif untuk menikmati hak tersebut adalah suatu perlanggaran terhadap Perlembagaan Persekutuan;

2. Gantirugi Am, Gantirugi Teruk dan Gantirugi Teladan;

3. Faedah pada kadar 8% setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh Writ Saman sehingga penyelesaian penuh;

4. Kos

5. Lain-lain relif yang difikirkan suaimanfaat oleh mahkamah.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel