Mahkamah benar Azmin cabar laporan audit ke atas 1MDB

Azmin Ali

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mencabar tindakan Ketua Audit Negara yang mengklasifikasikan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi.

Azmin Ali

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Muhammad Zahid Md Arif mencabar tindakan Ketua Audit Negara yang mengklasifikasikan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai rahsia rasmi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hanipa Farikullah membenarkan permohonan tersebut selepas mendapati permohonan itu mempunyai merit untuk didengar, lapor Sinar Harian.

Mahkamah menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak responden.

Dalam permohonan itu mereka menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang; dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Berdasarkan afidavit sokongannya, Azmin menuntut Laporan Audit Negara berhubung 1MDB yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi menurut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) diklasifikasikan semula sebagai dokumen awam.

Antara lain, Timbalan Presiden PKR itu menyatakan alasan bahawa Ambrin tidak mempunyai kuasa untuk mengklasifikasikan laporan tersebut sebagai rahsia rasmi kerana kuasa untuk berbuat demikian menurut Seksyen 2B OSA hanya terserah kepada pegawai awam.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel