• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Penduduk Pasir Puteh mahu keselamatan nyawa semasa banjir diberi perhatian

Tok Bali memahat kisah duka akhir 2017Tok Bali memahat kisah duka akhir 2017

Banjir yang melanda Kelantan sejak dua minggu lalu telah kembali pulih.

Bagi penduduk Pasir Puteh, walaupun banjir yang melanda tidak begitu kritikal, kehilangan nyawa dua pelajar di pantai Tok Bali memberi pengalaman mendukacitakan.

Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Pasir Puteh, Haji Omran Sidek berkata walaupun tragedi ini berlaku sebelum banjir, ia berkaitan musim tengkujuh yang membawa fenomena ombak besar di daerah ini.

"Keluarga dan seluruh penduduk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi segala bantuan dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat berkenaan.

Omran SidekOmran Sidek"Bagaimanapun pihak berkuasa perlu mengkaji semua sistem keselamatan kita terutama dalam menghadapi musim banjir yang datang setiap tahun," katanya.

Lebih menyayat hati katanya, mayat Amir Azfar Rafa, 13 dan Ahmad Haziem Anizam, 14 dijumpai di Pantai Tak Bai, Narathiwat Thailand, 90 kilometer dari tempat mereka dihanyutkan.

Isu Keselamtan nyawa kata beliau kini menjadi fokus utama penduduk akibat peristiwa ini yang bukan sahaja melibatkan kawasan pantai tetapi juga di kawasan-kawasan lain yang terlibat banjir.

Banjir di kawasan itu baru-baru ini katanya, tidak begitu teruk.

"Hanya 186 orang yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan ketika banjir berkenaan.

"Pusat pemindahan dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Changgai yang menempatkan 147 daripada 39 keluarga, Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil yang menempatkan 12 mangsa daripada lima keluarga dan SK Bukit Awang menempatkan 27 mangsa daripada lima keluarga," katanya.

Bagaimanapun katanya banjir di kawasan itu agak merbahaya kerana melibatkan arus deras kerana aliran sungai-sungai utama terutama sungai Semerak dan sungai Rasau agak laju.

"Berlaku satu kes yang melibatkan arus deras dari tiga arah ke rumah penduduk di Kampung Jeram B, menyebabkan tanah mendap dan bahagian dapur rumah mangsa rosak teruk.

"Mangsa Zanariah Yahya, 55, berkata, banjir yang melanda itu amat menakutkan kerana dia tinggal di rumah itu bersama ibunya, Zainab Yaacob, 100, yang terlalu uzur.

“Mejurlah jiran membantu bawa emaknya ke rumah berdekatan yang lebih selamat apabila air dalam rumah meningkat hingga ke paras pinggang dalam waktu singkat," katanya.

Meskipun koordinasi pasukan-pasukan pemyelamat kelihatan lebih baik kali ini, aspek keselamatan nyawa masih pada tahap rendah.

"Sistem penjagaan keselamtan pantai kita jelas masih amat lemah.

"Di Tok Bali memang ada balai pengawal Angkatan Penyelamat Awam Malaysia (APM) tetapi kurang pasti apa peranannya kerana pengunjung pusat rekreasi itu dilihat sentiasa mandi manda walaupun pada musim tengkujuh sekarang," katanya.

Sepatutnya menurut beliau aktiviti mandi laut dilarang sama sekali dalam tempoh laut bergelora dan arus laut yang kuat.

"Kalu perlu pasukan pengawal pantai lebih tersusun atau pasukan RELA ditugaskan untuk mengawasi aktiviti tepi pantai 24 jam sepanjang musim bergelora," katanya.

Penerangan dan latihan keselamatan mengahadapi banjir juga katanya perlu diadakan setiap tahun sebelum musin banjir tiba.

"Seeloknya satu simulasi antara penduduk dan pasukan-pasukan penyelamat diadakan setiap tahun bila hampir tiba musim banjir," katanya.

Berkenaan peranan Amanah sepanjang musim banjir lalu, beliau berkata operasi bersama semua ejensi turut diserta ahli Amanah.

"Apa yang lebih penting sekarang ialah program pemulihan mangsa yang kini kembali ke rumah masing-masing untuk meneruskan kehidupan.

"Kita telah merangka rancangan untuk membantu mangsa banjir setelah orang ramai menyumbang menerusi tabung bencana yang telah Amanah Pasir Puteh lancarkan seminggu lalu," katanya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel