Sarawak kehilangan Ketua Menteri yang berjiwa rakyat

KM sarawak

Takziah kepada keluarga dan rakyat Sarawak atas pemergian Adenan.Pas menyifatkan, rakyat Sarawak telah kehilangan seorang Ketua Menteri yang berjiwa rakyat dimana beliau salah seorang Ketua Menteri yang lantang membela hak peribumi Sarawak dan juga hak autonomi Sarawak.

"Kita harap pengganti beliau nanti akan terus menyambung perjuangan beliau membela rakyat," kata Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee dalam satu kenyataannya.

Sehubungan itu, katanya, Pas Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau serta rakyat Sarawak agar terus tabah dan bersabar menghadapi ujian sebesar ini.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pada petang rabu jam 13:20pm, di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Samarahan.

Adenan 71 tahun akan meraikan ulang tahun ke 72 pada 27 Jan bulan ini telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014 yang lalu.

Mungkin ramai yang masih terkilan kerana masih ramai lagi rakyat Sarawak terutama di luar bandar masih memerlukan perkhidmatan beliau sebagai Ketua Menteri, kata Jofri.

Walaupun beliau tidak lama menjadi Ketua Menteri Sarawak tapi jasa beliau terhadap rakyat Sarawak tetap jadi kenangan, katanya.

Semoga Allah mengampuni dosa beliau dan meletakkan roh beliau bersama roh para solehin.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: