Pemuda Pas Kelantan tolak kerjasama dengan Mahathir

Laporan BHarian.com tentang sikap  Pemuda Pas Kelantan yang menolak kerjasama dengan PPBM khasnya Tun Dr Mahathir.

Sebagaimana sikap Naib Presiden Pas, Datuk Mohamad Amar Abdullah, Pemuda Pas Kelantan juga menolak kerjasama dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Laporan BHarian.com tentang sikap  Pemuda Pas Kelantan yang menolak kerjasama dengan PPBM khasnya Tun Dr Mahathir.

Sebagaimana sikap Naib Presiden Pas, Datuk Mohamad Amar Abdullah, Pemuda Pas Kelantan juga menolak kerjasama dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Berita Harian Online, Dewan Pemuda PAS Kelantan menolak sebarang kerjasama dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam Pilihan Raya Umum ke-14, akan datang.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari, berkata Dr Mahathir kini dianggap bukan satu faktor penting dalam politik negara.

"Bagi kita Dr Mahathir bukan lagi faktor penting dalam politik dan PAS sendiri sudah buat keputusan tiada sebarang kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara.

"PPBM masih mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan PAS dan jika kenyataan Dr Mahathir boleh menyebabkan kerugian kepada parti itu saya rasa ahlinya boleh buat keputusan sendiri," katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian cek kepada usahawan muda di sini, semalam, lapor BHarian.com.

Beliau mengulPemuda Pas Kelantan hanya sedia bekerjasama dengan PPBM tetapi tidak dengan pengerusinya Tun Dr Mahathir.as mengenai kritikan keras Dr Mahathir terhadap ulama dan mufti tetapi dalam masa yang sama berhasrat untuk bekerjasama dengan PAS.

Ahmad Fadhli turut menyokong kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, bahawa kerjasama dengan PPBM boleh dilakukan namun menolak jika ia dilakukan bersama Dr Mahathir.

Mohd Amar berkata sebelum ini PAS tidak pernah mendapatkan nasihat daripada bekas Perdana Menteri itu dan tidak juga mengharapkannya (nasihat) di masa hadapan.

Kenyataan yang dibuat oleh Fadhli dan Nik Amar ini datang selepas pemimpin PKR dan PPBM ceramah sepentas dengan Pas di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke - 1V, Kiota Bharu 29 Disember lalu.

Dalam ceramah mega bertajuk "Anak Muda Pertahan Kelantan" itu, Setiausaha Penerangan PPBM, Deen Qassim turut serta.

Naib Presiden PKR, Tian Chua juga turut bersama dalam ceramah itu.

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel