Peguam Negara terlena di pejabat, dakwa Amanah

Peguam Negara didakwa terlena di pejabat sehingga tidak sedar tindakan negara luar terhadap 1MDB.Peguam Negara didakwa terlena di pejabat sehingga tidak sedar tindakan negara luar terhadap 1MDB.

 Parti Amanah Negara (Amanah) meminta supaya Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya jangan terlena daripada memerhati segala perkembangan mutakhir berkaitan isu 1MDB yang sangat berkepentingan kepada rakyat dan negara.

Timbalan presidennya, Salahudin Ayub dalam satu kenyataan berkata, terdapat beberapa tindakan tegas dari beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat dan Switzerland yang telah bertindak terhadap individu dan bank yang terlibat dengan skandal 1MDB.

Paling terbaru, katanya, ialah kerajaan Singapura yang telah mengheret Bank Privet Falcon ke muka pengadilan kerana terlibat dengan penyimpanan wang yang punya bukti jelas berkaitan dengan 1MDB.

Jens Fred Sturzenegger yang merupakan pengurus bank tersebut merupakan orang ke 5 yang didakwa di Singapura, katanya.

Salahudin Ayub minta Peguam Negara bertindakSalahudin Ayub minta Peguam Negara bertindakBeliau mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman 28 minggu penjara dan denda S$128,000.

Ironinya di Malaysia, kata Salahudin, fail skandal 1MDB yang telah sempurna disiasat oleh BOK SPRM terdampar lesu di meja peguam negara atas hujah tiada kes untuk didakwa.

"Amanah memperingatkan supaya peguam negara jangan terus terlena daripada menjalankan tanggungjawab besar ini kepada rakyat dan negara.

"Skandal 1MDB adalah malapetaka besar kepada kehidupan masa depan rakyat Malaysia," katanya.

Sebagai rekod pada 5 Januari lalu pihak berkuasa Singapura telah mendakwa bekas pengurus Falcon Private Bank cawangan Singapura, Jens Sturzenegger, dengan 16 kesalahan berkaitan siasatan 1MDB di Singapura. Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak S$80,000.

Sturzenegger, 42, mengaku bersalah pada 11 Januari, melalui peguamnya Tan Sew Swan & Co seperti dilapor portal media The Straites Times negara itu, anak guamnya berhasrat untuk mengaku bersalah kepada beberapa pertuduhan ke atasnya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: