Orang ramai, pemimpin terus beri penghormatan terakhir

 

Jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan Satem diusung pegawai tentera dan polis memasuki Masjid Jamek Petra Jaya untuk istiadat penghormatan terakhir dan solat jenazah hari ini.-Foto Bernama.Jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan Satem diusung pegawai tentera dan polis memasuki Masjid Jamek Petra Jaya untuk istiadat penghormatan terakhir dan solat jenazah hari ini.-Foto Bernama.

Van yang membawa jenazah Ketua Menteri Tan Sri  Adenan Satem  telah tiba di Masjid Jamek Sarawak di Petrajaya pada 10.55 pagi ini.

Keranda yang membawa jenazah kemudiannya diusung oleh pegawai dan anggota daripada Angkatan Tentera Malaysia serta polis dan ditempatkan di pentas khas di tengah-tengah ruang solat masjid tersebut untuk membolehkan orang kenamaan dan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Terdahulu, jenazah dibawa dari kediaman ketua menteri di Damai Jaya, Santubong, kira-kira 30km dari Kuching.

Orang ramai kelihatan turut berada di sesetengah laluan untuk menyaksikan pergerakan membawa jenazah dan memberi penghormatan terakhir

Anggota keluarga dan saudara mara Allahyarham Adenan turut berada di masjid itu.

Solat jenazah dipimpin oleh Imam Besar Masjid Jamek Sarawak Mustapha Kamal Ahmad Fauzi pada 11.40 pagi.

Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Samariang di sini selepas solat Zuhur dua kilometer dari masjid.

Orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat terus hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem di kediamannya di Damai Jaya, Santubong, dekat sini.

Mereka hadir sejak awal pagi lagi lapor Bernama.

Pasukan pengusung terdiri daripada pegawai serta anggota polis dan tentera sedang membuat persiapan untuk membawa jenazah dari kediaman itu ke Masjid Jamek Sarawak di Petra Jaya, di sini, sebentar lagi.

Orang ramai dan orang kenamaan masih boleh terus memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di masjid tersebut mulai 10.30 pagi hingga 1 tengah hari sebelum jenazah dikebumikan selepas Zohor.

Adenan meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Kota Samarahan, dekat sini, kira-kira 1.20 tengah hari semalam.

Pemimpin parti pembangkang turut hadir

Sementara itu, beberapa ribu orang daripada pelbagai golongan sudah berhimpun di masjid negeri di sini untuk memberikan penghormatan terakhir mereka kepada Allahyarham Adenan.

Mereka terdiri daripada pemimpin korporat, ketua masyarakat dan wakil daripada persatuan dan badan bukan kerajaan, penjawat awam serta orang ramai dan pemimpin politik pembangkang.

Sementera itu  kehadiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali; Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, memberi penghormatan terakhir adalah bukti jelas Tok Nan cukup dihormati meskipun berlainan ideologi politik.

Ketiga-tiga ahli politik pembangkang dari PKR berkenaan sebelum ini pernah dihalang Adenan daripada masuk ke Sarawak atas alasan mampu menggugat kestabilan politik dan perpaduan kaum di negeri ini.

Azmin ketika ditemui menyatakan rasa kagumnya terhadap keupayaan Tok Nan menjadi ejen perubahan yang membawa banyak pembaharuan terhadap landskap pembangunan Sarawak dan sosioekonomi rakyatnya.

"Biarpun dalam tempoh singkat, Allahyarham berjaya melaksanakan pelbagai transformasi yang berjaya membuktikan keutamaan beliau terhadap 'Anak Sarawak' melebihi segala-galanya. "Kita boleh saksikan sendiri segenap lapisan rakyat negeri ini cukup merasakan kehilangan beliau, sekali gus memperlihatkan betapa dekatnya Allahyarham dijiwa rakyat," katanya seperti dilaporkan BH.

Berita menyusul lagi...

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Sultan Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak  mengaminkan doa selepas solat jenazah pada upacara penghormatan terakhir Allahyarham Tan Sri Adenan di Masjid Jamek Petra Jaya hari ini.-Foto Bernama.Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Sultan Brunei Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mengaminkan doa selepas solat jenazah pada upacara penghormatan terakhir Allahyarham Tan Sri Adenan di Masjid Jamek Petra Jaya hari ini.-Foto Bernama.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika mendirikan solat jenazah ke atas Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di kediamannya di Damai Jaya, Santubong malam tadi.Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika mendirikan solat jenazah ke atas Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di kediamannya di Damai Jaya, Santubong malam tadi.

Orang ramai mengaminkan doa selepas menunaikan solat jenazah terhadap Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang ditutup dengan bendera negeri Sarawak sebaik tiba di kediamannya malam tadi.Orang ramai mengaminkan doa selepas menunaikan solat jenazah terhadap Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang ditutup dengan bendera negeri Sarawak sebaik tiba di kediamannya malam tadi.

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menziarahi jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan  pagi ini.Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menziarahi jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan pagi ini.

Pemimpin PKR turut hadir antaranya Datuk Seri Mohd  Azmin Ali,Zuraida Kamarudin  dan Nurul Izzah Anwar di kediaman Allahyarham Tan Sri Adenan Satem pagi ini.Pemimpin PKR turut hadir antaranya Datuk Seri Mohd Azmin Ali,Zuraida Kamarudin dan Nurul Izzah Anwar di kediaman Allahyarham Tan Sri Adenan Satem pagi ini.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel