MP DAP nyatakan pendirian tidak sertai Himpunan RUU 355

DAP tidak akan menyertai Perhimpunan RUU 33 anjuran Pas di Padang Merbok, pada Sabtu ini.

DAP dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Rabu telah membuat keputusan tidak menyertai himpunan itu.

Dalam satu kenyataan bersama Ahli Parlimen Puchong Gobind Sigh Deo dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari
menyebut, perhimpunan diadakan parti Islam itu adalah hak perlembagaan untuk mereka berhimpun secara aman.

Bagaimanapun DAP ujar kenyataan itu telah membuat pendirian yang jelas mengenai perhimpunan tersebut.

"Kami tidak menyokong cadangan pindaan kepada rang undang-undang sama ada dalam bentuk asal atau yang dipinda itu. Kami telah dan akan terus menentangnya di Parlimen.

"Terdapat banyak pandangan dinyatakan yang menyokong dan menentang pindaan tersebut. Ini adalah sebahagian daripada proses demokrasi.

"Walau bagaimanapun, daripada pandangan kaami terdapat kebimbangan mengenai cadangan pindaan itu.

"Pandangan yang sama juga telah dinyatakan oleh orang lain termasuk Profesor Shad Saleem Faruqi dan bekas hakim mahkamah Rayuan Datuk Muhammad Ariff Md Yusof.

"Kami akan menyatakan sebab-sebab kami sepenuhnya apabila usul itu akan dibahaskan di Parlimen." ujar kenyataan itu.

Dalam perkembangan sama  di Pulau Pinang, dianggarkan 30 ahli Pas telah mengadakan demontrasi di hadapan Masjid Jamek Lebuh Acheh untuk menyokong Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai RUU 355 dan perhimpunan yang akan diadakan pada 18 Februari ini.

Wakil kumpulan itu, Jaafar Osman berkata, ahli-ahli Pas tidak akan membiarkan Abdul Hadi keseorangan dalam perjuangan memperkasakan undang-undang Islam dan perlu dihormati semua pihak.

Demonstrasi berkenaan berlangsung selama kira-kira 10 minit dalam keadaan terkawal di samping kehadiran lebih 10 orang anggota polis.

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: