• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Azmin alu-alukan siasatan SPRM terhadap dakwaan penyelewengan SMUE

Datuk Seri Mohd Azmin AliDatuk Seri Mohd Azmin Ali

Kerajaan Negeri Selangor mengambil sikap terbuka dan mengalukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan penyelewengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) oleh Pengerusi Gabungan NGO Selangor Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohd Azmin Ali berkata, SPRM boleh lakukan siasatan dan pihaknya setiasa berpegang kepada ketelusan dan kebertanggungjawab.

“Semua boleh lihat, tidak mungkin jika ada rasuah dan salah guna kuasa, Selangor boleh mencapai tahap seperti sekarang, rizab meningkat dan tahap pengurusan kewangan yang kukuh,” katanya kepada media ketika ditemui di Kompleks Sukan Pandamaran hari ini.

Mohamed Azmin turut mengingatkan pihak terbabit supaya menghentikan politik kotor dan fokus kepada penderitaan rakyat dikala terbeban dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

“Tanggungjawab saya nak buat demonstrasi kompaktor, saya mahu selesaikan masalah rakyat. Tanggungjawab dia buat demo van jenazah.

“Kurangkan bercakap, banyakkan bekerja. Bukan seperti pihak sebelah sana,” sindir Ahli Parlimen Gombak ini.

Semalam Jamal yang juga Ketua Umno Sungai Besar telah hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi keterangan terhadap dakwaan penyelewengan SMUE membabitkan empat wakil rakyat pakatan pembangkang.

Sebelum itu pada Selasa lalu, Jamal sekali lagi mencetuskan kekecohan di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam dengan membawa 15 van jenazah, keranda dan berpakaian seperti penggali kubur.

Beliau mendakwa ia sebagai simbolik penyalahgunaan dana SMUE dan Wang Khairat Kematian berjumlah RM200 juta.

Jamal juga pernah mencetus provokasi dengan membaling baldi, menyusun katil, malah pernah bertuala sahaja di hadapan pintu masuk SUK.

Datuk Seri Jamal Md Yunos (tengah) ketika hadir ke SPRM untuk membuat laporan dakwaannya terhadap penyelewengan dana SMUE yang membabitkan kerajaan negeri dan wakil rakyat.Datuk Seri Jamal Md Yunos (tengah) ketika hadir ke SPRM untuk membuat laporan dakwaannya terhadap penyelewengan dana SMUE yang membabitkan kerajaan negeri dan wakil rakyat.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel