Hanya seorang bilionaire cintakan bola sepak mampu melakukannya, kata Zaid

Datuk Zaid IbrahimPengurusan bolasepak yang baik boleh dicipta dengan adanya wang yang banyak. Ia mesti digerakkan oleh seseorang yang ada keupayaan, mempunyai keghairahan tinggi terhadap bolasepak dan memiliki banyak wang.

Itu pandangan bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, sukan Bolasepak tidak boleh lagi mengharapkan sumbangan kerajaan, dana kementerian atau seperti meminta sedekah daripada penaja untuk memberikan saraan.

"Memanglah wang bukan boleh menjamin kita untuk mencapai kejayaan, tetapi tidak cukup wang sudah pasti akan membawa kegagalan.

"Biarlah ahli-ahli FAM fikir secara praktikal dan ambil peluang ini untuk memilih Tengku Mahkota Johor (TMJ) sebagai Presiden FAM.

"Sebagai seorang yang bakal menjadi Sultan Johor beliau pastikan akan melakukan apa sahaja untuk menjayakan bolasepak Negara. “Failure is not an option” – kegagalan bukanlah satu pilihan – baginya," ujarnya.

Zaid mengulas di dalam blognya berkaitan pertandingan merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang akan diadakan pada 25 Mac ini.

Ia menyaksikan persaingan antara Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim dengan Tan Sri Annuar Musa bagi merebut jawatan tersebut.

Zaid menyebut walaupun Annuar pernah menjawat Menteri Belia dan Sukan, Timbalan Presiden FAM dan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, namun Zaid tidak percaya Annuar sanggup menghabiskan wangnya sendiri untuk menyelesaikan banyak masalah bolesepak nasional.

" Hanya saorang bilionaire yang cintakan bolasepak mampu melakukannya.

"Bolasepak zaman sekarang hanya boleh dimajukan oleh seorang bilionaire seperti TMJ yang mempunyai keghairahan yang tinggi serta tidak begitu memikirkan untung rugi.

"Tan Sri Annuar sebagai Ketua Penerangan Umno, beliau ada tugas lain yang lebih penting untuk parti dan menjaga ketuanya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dia pun besar kemungkinan menjadi Menetri Kanan jika Umno menang di Kelantan.

"Menjaga dan memajukan bolasepak negara harus diserahkan kepada orang yang tidak banyak kerja lain; dan oleh itu individu seperti TMJ sesuai; bukan kepada ahli politik," ujar Zaid yang pernah berada dalam FAM sebagai penasihat undang-undang pertubuhan itu.

(kiri) Tan Sri Annuar Musa dan Tengku Ismail Sultan Ibrahim yang bakal bertemu merebut jawatan FAM pada 25 Mac ini.

Justeru Zaid berkata, dalam sukan bolasepak negara dan pentadbiran FAM, banyak penyakit yang perlu diubati sebelum sukan kegemaran rakyat Malaysia itu mahu dimajukan.

"Untuk mengubati semua penyakit itu, ia hanya boleh dilakukan oleh seorang anak raja bilionaire.

"Tan Sri Annuar juga kaya, tetapi saya tidak percaya dia sanggup menghabiskan wangnya sendiri untuk menyelesaikan banyak masalah bolesepak nasional," ujarnya.

Bagaimanapun beliau menjelaskan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin mahukan Annuar memimpin FAM, namun ujarnya, ia bertentangan dengan peraturan FIFA yang melarang kerajaaan/menteri campurtangan dalam hal-ehwal persatuan bolasepak.

"Malah saya percaya Khairy dan TMJ boleh bekerjasama. Mereka kedua-dua menpunyai banyak ciri-ciri persamaan – kaya-raya, muda, handsome, dan suka bolasepak," ujarnya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel