• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Majlis Presiden PH bincang penyertaan Bersatu hari ini

Mohd Anuar TahirMohd Anuar Tahir

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini akan membincangkan kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam Pakatan Harapan ekoran pengumuman pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.

Menurut Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) Mohd Anuar Tahir, perkara itu buat pertama kali akan dibincangkan dalam mesyuarat di tingkat 14 bangunan Parlimen pada jam 12 tengah hari ini.

"Hari ini buat pertama kali majlis presiden akan bincang secara lanjut penyertaan Bersatu ke dalam Pakatan Harapan selepas pengumuman Tun Mahathir minggu lepas," katanya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Pada 14 Mac lalu Mahathir mengumumkan secara rasmi penyertaan Bersatu ke dalam Pakatan Harapan dan akan mengunakan satu logo, calon dan manifesto dalam gabungan kerjasama mega parti pembangkang di negara ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kita bersetuju pada prinsipnya perlu adakan nama dan logo baru untuk pilihan raya dengan mengunakan satu manifesto dan bersetuju akan meletakkan hanya satu calon mewakili gabungan ini kelak," ujarnya dalam sidang media diadakan di pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Menurut Mahathir lagi, perkara ini sudah dimaklumi oleh parti gabungan dalam Pakatan Harapan.

"Kepimpinan setiap parti (Pakatan Harapan) akan memberikan maklumat, tentang persetujuan (gabungan) kita secara rasmi nanti," ujarnya dalam sidang media sama.

Menurut beliau juga, ini adalah kemajuan kepada fasa penyatuan keempat-empat parti pembangkang dalam persediaan menghadapi PRU14.

"Kita sudah bergerak semakin laju dalam fasa pakatan pembangkang menghadapi PRU14.

"Selepas ini kita akan bincang satu logo, dan manifesto sudah dibentangkan kepada keempat-empat parti. 

"Kita mencabar datuk Seri Najib supaya mengadakan PRU pada tahun ini dan kita bersedia," katanya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel