Lebih 31,000 pesakit menunggu organ buah pinggang

Pesakit buah pinggang merupakan penunggu organ paling tinggi di negara ini, iaitu seramai 31,084 orang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata yang lain ialah tujuh pesakit hati, lima pesakit jantung dan empat pesakit paru-paru yang menunggu untuk mendapatkan organ masing-masing.

Katanya sebanyak 381,353 rakyat Malaysia telah berikrar sebagai penderma organ sehingga 31 Januari lalu.

Namun jumlah itu adalah rendah kerana ia hanya merupakan satu peratus berbanding jumlah rakyat pada masa ini.

"Peratusan ini masih kecil berbanding negara-negara maju yang mana jumlah pengikrar organ di sana mencecah 30 hingga 40 peratus berbanding jumlah penduduk mereka," katanya semasa menjawab soalan Datuk Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) pada persidangan hari ini.

Oleh itu, katanya, negara masih memerlukan lebih ramai orang untuk berikrar sebagai penderma organ.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: