Pakatan Harapan terima kemasukan Bersatu

Pakatan Harapan mengadakan mesyuarat berkaitan penyertaan Bersatu ke dalam gabungan itu di pejabat pembangkang bangunan parlimen hari ini

Pakatan Harapan hari ini sebulat suara menerima kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam gabungan itu dan akan menggunakan logo baharu.

Pakatan Harapan mengadakan mesyuarat berkaitan penyertaan Bersatu ke dalam gabungan itu di pejabat pembangkang bangunan parlimen hari ini

Pakatan Harapan hari ini sebulat suara menerima kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam gabungan itu.

Keputusan itu diumumkan selepas Majlis Presiden Pakatan Harapan bermesyuarat di parlimen hari ini.

"Sekretariat Pakatan Harapan akan mengutus surat kepada Bersatuuntuk memaklumkan perkara tersebut," menurut kenyataan bersama pemimpin tertinggi PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Sementara itu, mereka juga bersetuju untuk mendaftarkan gabungan itu secara rasmi.

"Mesyuarat bersetuju berbincang segera dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto bersama dan mewujudkan logo baru," kata mereka.

Pada 14 Mac lalu Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan secara rasmi penyertaan Bersatu ke dalam Pakatan Harapan dan akan mengunakan satu logo, calon dan manifesto dalam gabungan kerjasama mega parti pembangkang di negara ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kita bersetuju pada prinsipnya perlu adakan nama dan logo baru untuk pilihan raya dengan mengunakan satu manifesto dan bersetuju akan meletakkan hanya satu calon mewakili gabungan ini kelak," ujarnya dalam sidang media diadakan di pejabat parti itu di Petaling Jaya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: