Kastam batal kenakan GST pada 60 jenis barangan

banner GST

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membatalkan cadangannya untuk mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada lebih 60 jenis makanan bermula 1 Julai depan.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk T Subromaniam, berkata keputusan itu dibuat selepas merujuk pada Kementerian Kewangan bagi maklum balas terhadap cadangan berkenaan.

"Laporan media (mengenai pelaksanaan GST pada lebih 60 makanan berkadar sifar) adalah merujuk pada Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar)(Pindaan)(No. 2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun lalu.

"Melalui pewartaan itu, lebih 60 makanan seperti ikan belut, ikan todak, jagung, sayuran sejuk beku, buah import (avokado, aprikot, anggur, ceri, pic, plum), fig, marjerin dan lain-lain akan tertakluk pada enam peratus GST.

"JKDM merujuk pada Kementerian Kewangan untuk maklum balas berhubung pewartaan itu dan memutuskan ia dibatalkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beberapa media sebelum ini melaporkan lebih 60 makanan berkadar sifar GST yang jarang dimakan rakyat negara ini, akan dikenakan cukai itu bermula 1 Julai depan.

Subromaniam sebelum ini mengesahkan mengenai laporan media terbabit ketika dihubungi, namun meminta media menunggu beliau mengeluarkan kenyataan mengenainya, hari ini.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: