Menoreh sampai malam hanya dapat RM30

Baharudin Ismail

Penoreh getah di Kampung Tenang, Segamat yang bekerja dari pagi hingga malam hanya mampu membawa pulang RM30 daripada jerih payah membanting tulang sepanjang hari. Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, pendapatan yang mereka dapati tidak setimpal dengan perbelanjaan harian.

Salah seorang daripada mereka, Baharudin Ismail, 44, yang senang dipanggil Din mengeluh kerana terpaksa mencatu makanan seisi rumahnya akibat pendapatan yang sedikit.

Din terpaksa bekerja siang dan malam demi menyara kehidupan keluarganya yang menanti di rumah dengan penuh harapan dalam keadaan kelaparan.

Dalam sebak Din meneruskan cerita kehidupannya. Beliau mempunyai dua anak yang masih bersekolah dan seorang anak berusia 2 tahun. Belanja hidup seharian lebih diutamakan Din daripada perkara-perkara lain. Apatah lagi pendapatannya tidak dapat menampung perbelanjaan harian.

Din mengambil upah menoreh di kebun-kebun orang. Hasil pendapatan jualan getah dibahagi dua dengan tuan kebun.

Keringat, airmata dan kesakitan adalah teman Din setiap hari dalam melayari kehidupan di Kampung Tenang Segamat Johor ini. Din berkata bukan dia seorang sahaja yang mengalami nasib sedemikian, malah majoriti orang sepertinya ada di Kampung Tenang itu.

Din berharap, apa yang dialaminya dapat menjadi dorongan kepada pihak-pihak berwajib untuk membantu penoreh-penoreh getah seperti beliau.

Akhir-akhir ini, kata Din barangan keperluan harian semakin mahal tetapi pendapatan hasil menoreh semakin kecil. Jika harga getah naik pun ia tidak dapat menampung juga kos sara hidup yang bagi Din semakin menggila.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: