Jangan terpedaya pihak mengaku polis Putrajaya

Rasuah

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini meminta orang ramai berwaspada apabila menerima panggilan telefon daripada pihak yang mengaku sebagai polis Putrajaya dalam menyelesaikan kes-kes kesalahan trafik dan langgar lari.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata sejak kebelakangan ini, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang ramai bertanya sama ada kenderaan mereka terlibat dalam kes itu serta mendakwa menerima panggilan yang menggunakan nombor telefon IPD Putrajaya dan meminta wang daripada mangsa.

Katanya, panggilan yang didakwa datangnya daripada IPD Putrajaya kononnya meminta orang ramai menyelesaikan saman atau kes mereka dengan memastikan wang dalam akaun tertentu untuk penyelesaian kes.

"Ingin saya jelaskan pihak polis sendiri telah membuat laporan beberapa minggu lepas berkaitan penerimaan panggilan ini. Panggilan telefon yang diterima oleh orang ramai adalah panggilan yang dibuat oleh sindiket tertentu dengan tujuan menipu atau mencari keuntungan melalui panggilan palsu.

\"Oleh yang demikian, saya menasihatkan orang ramai yang terpedaya agar membuat laporan polis dengan segera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel