Husam ajak MB jumpa penduduk dilanda banjir lumpur

Terpaksa meredah selut untuk ke rumah penduduk.Terpaksa meredah selut untuk ke rumah penduduk.

Menteri Besar Datuk Haji Ahmad Yakob disaran mengadakan satu pertemuan khas dengan wakil penduduk kampung Bukit Besi, Temangan, Machang yang kini menghadapi banjir lumpur akibat aktiviti perlombongan berhampiran kampung mereka.

Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa berkata penduduk kampung masih tertanya-tanya bila masalah mereka akan diselesaikan oleh kerajaan kerana telah menderita sejak tahun 2014.

"Saya berharap pihak Datuk dapat memberikan satu tarikh kepada saya bersama wakil penduduk Kg Bukit Besi Temangan bagi mengadakan perjumpaan tersebut," katanya dalam satu surat khas yang ditujukan kepada menteri besar atas nama Adun Salor.

Menurutnya, isu banjir lumpur yang dialami oleh penduduk Kampung Bukit Besi Temangan, Machang, telah membawa pelbagai kesan penderitaan yang dialami oleh penduduk yang memerlukan tindakan segera pihak kerajaan negeri.

Husam melawat kg Bukit Besi di Temangan Machang yang ditelenggami lumpur.Husam melawat kg Bukit Besi di Temangan Machang yang ditelenggami lumpur.

"Sebanyak 24 buah rumah telah terkesan teruk akibat banjir lumpur.

"Daripada jumlah tersebut 7 buah rumah hampir tenggelam dengan lumpur atau tanah," katanya.

Menurutnya lagi, sebahagian daripada mangsa terpaksa menumpang dengan keluarga dalam rumah transit banjir yang sempit dan tidak selamat untuk didiami.

"Manakala sebahagian lagi terpaksa berpindah ke rumah sewa dan ini menambahkan lagi beban kos hidup mereka," katanya.

Satu lagi masalah yang dihadapi penduduk, jelas Husam adalah bekalan air bersih di mana mereka terpaksa bergantung kepada lopak takungan air di atas bukit.

"Saya dimaklumkan bahawa setiap kali hujan turun, air hujan yang membawa bersama pasir dan selut dan sisa buangan akan mengalir melalui rumah penduduk.

"Aliran dengan arus yang deras kerana jalan di hadapan rumah mereka telah bertukar menjadi laluan air akibat sungai tertimbus.

"Selain itu, saya juga difahamkan kebun getah dan dusun buah-buahan penduduk kampung berhampiran dengan lombong juga telah musnah," katanya.

Husam yang melawat sendiri kawasan berkenaan semalam berkata beliau dan wakil penduduk akan berbincang berkenaan tindakan-tindakan susulan bagi mendapat keadilan.

Antara rumah penduduk yang ditenggelami lumpur dan tidak lagi boleh diduduki.Antara rumah penduduk yang ditenggelami lumpur dan tidak lagi boleh diduduki.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel