• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Laporan Nestle sahkan GST jejaskan pasaran domestik

Nestle sahkan GST ganggu pasaranNestle sahkan GST ganggu pasaran

Nestle (M) Bhd mengambil pendekatan berhati-hati tahun ini memandangkan keadaan pasaran tidak menentu walaupun mencatat prestasi kukuh pada 2015.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2015, keuntungan sebelum cukai Nestle meningkat kepada RM727.71 juta daripada RM701.19 juta pada 2014. Pendapatan pula meningkat kepada RM4.84 bilion berbanding RM4.81 bilion sebelumnya.

Menurut Nestle, prestasi itu didorong oleh pertumbuhan dalam perniagaan domestik dan peningkatan perniagaan eksport walaupun situasi pasaran mencabar.

2015 merupakan tahun mencabar dengan pelbagai keadaan pasaran yang menjejaskan ekonomi Malaysia dan mempengaruhi pengguna, menurutnya.

"Ini termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan kos sara hidup, serta penyusutan ringgit selain ekonomi global keseluruhan yang lembap," menurut Nestle dalam laporan korporat 2015.

Bagi mengurangkan ketidaktentuan melampau pergerakan harga, aktiviti promosi yang berkesan dilancarkan dan telah menyumbang kepada prestasi pendapatan yang kukuh, menurut firma itu.

Menurut Nestle, keadaan pasaran tahun ini akan kekal tidak stabil, ditambah dengan keyakinan pengguna yang menurun kesan daripada pelaksanaan GST.

Harga komiditi dijangka meningkat dan bahan mentah akan lebih terjejas dengan penurunan ringgit, menurutnya.

Bagaimanapun, Nestle, menurutnya kekal positif terhadap prospek jangka sederhana dan panjang Malaysia memandangkan ia merupakan lima pasaran teratas di Asia.

Menurut syarikat itu, ia akan terus menambah baik portfolio produknya untuk memenuhi citarasa pengguna yang sentiasa berubah di Malaysia dengan cadangan nilai yang hebat dari segi kualiti dan kemampuan.

Syarikat, yang telah berada di Malaysia lebih dari 100 tahun, komited untuk mengekalkan strategi perniagaannya dengan pengurusan kos berhemat di samping pelaburan proaktif untuk masa depan, menurutnya.

"Berlandaskan pelaburan berterusan dan kukuh bagi jangka panjang dan mencatatkan keputusan memberangsangkan bagi jangka pendek, kami yakin mampu untuk memanfaatkan peluang besar di Malaysia," menurutnya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: