• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Diskaun, peranti percuma Celcom Axiata untuk PKS

Shazalli RamlyShazalli Ramly

Celcom Axiata Bhd akan menawarkan pelanggan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pelan termasuk peranti percuma serta diskaun sehingga 70 peratus pada Hari Terbuka PKS Celcom, dari 29 April hingga 1 Mei 2016.

"Pelanggan PKS hanya perlu membawa kad perniagaan mereka untuk pengesahan dan mereka layak menikmati tawaran hebat, aktiviti eksklusif serta keistimewaan apabila mereka mendaftar untuk mana-mana pelan pascabayar FIRST Business," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata PKS telah memainkan peranan yang amat penting dalam pertumbuhan jangka panjang serta pembangunan Celcom.

"Celcom mempelawa pelanggan PKS ke kedai-kedai Blue Cube di seluruh negara, bagi berkongsi peluang dan keistimewaan pelan eksklusif yang menjadi buah mulut pasaran ketika ini," katanya.

Beliau berkata sebagai pembekal rangkaian data terkemuka di Malaysia, syarikat itu bangga apabila diiktiraf sebagai pembekal telekomunikasi yang menjadi pilihan utama PKS.

"Kami akan terus mendekati dan berkhidmat untuk PKS tempatan dengan penyelesaian yang terbaharu serta paling inovatif," katanya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: