Najib akui keadaan ekonomi tidak menentu, cuba laksana pelan

Najib kini berada di London.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia komited untuk melaksanakan pelan ekonomi jangka panjangnya walaupun keadaan ekonomi tidak menentu.

"Kami sedang melakukan yang terbaik dari segi pertumbuhan, pertumbuhan yang kukuh," katanya dalam ucapan pada sesi sarapan pagi Bursa Malaysia dengan pengurus dana di London.

Beliau berkata kerajaan akan terus membantu enjin pertumbuhan, iaitu sektor swasta dalam aktiviti mereka.

"Kami mempunyai pelan dan kami perlu melaksanakannya. Tidak semua menggalakkan. Terdapat cabaran dalam ekonomi Malaysia pada masa depan," katanya.

Beliau berkata perkara yang menjadi kebimbangan adalah pertumbuhan produktiviti yang berada di bawah jangkaan dan usaha akan dilakukan untuk meningkatkan produktiviti selain tahap kemahiran.

Perdana Menteri, yang dalam rangka lawatan kerja ke United Kingdom dari 15 hingga 18 Mei ini, turut menegaskan kestabilan politik yang wujud di Malaysia walaupun 'bunyi bising' sering didengari.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel