• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Bank Negara buat laporan polis terhadap WSJ, kata Najib

Bank Negara telah membuat laporan polis terhadap WSJ bukan tindakan saman sebagaimana yang dijanjikan Najib sebelum ini.Bank Negara telah membuat laporan polis terhadap WSJ bukan tindakan saman sebagaimana yang dijanjikan Najib sebelum ini.


Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim telah membuat laporan polis terhadap Wall Street Journal (WSJ) hari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Najib yang mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini memberitahu pemberita demikian apabila ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap WSJ berikutan beberapa laporan mengenai 1Malaysia Development Bh (1MDB).

Difahamkan satu daripada laporan itu berkaitan dokumen bocor yang didakwa dari BNM kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai pemilikan Good Star Ltd oleh Jho Taek Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Najib berkata, polis perlu menyiasat laporan itu kerana menerbitkan dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) adalah satu perkara serius.

"Mereka (polis) perlu memberi jawapan kepada kita" katanya.

Ditanya sama ada laporan yang diterbitkan itu tulen, Najib berkata, beliau akan membiarkan polis menyiasat.

 

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: