• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

100,000 peserta dijangka terlibat e-Usahawan, e-Rezeki tahun ini

Usahawan muda bakal sertai e-Rezeki.Usahawan muda bakal sertai e-Rezeki.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyasarkan penyertaan 100,000 orang dalam program e-Usahawan dan e-Rezeki menerusi kempen #YOUCANDUIT di seluruh negara tahun ini.

 Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari berkata kempen #YOUCANDUIT di bawah seliaan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), bertujuan meningkatkan taraf ekonomi rakyat khususnya belia dan golongan B40 berpendapatan bawah RM4,000.

 "Program perintis e-Usahawan pada 2015 membabitkan 147 pusat pendidikan latihan teknik dan vokasional (TVET) di seluruh negara. Ia turut disertai lebih 400 pensyarah sebagai pelatih induk, seramai 2,300 pelajar serta 260 usahawan mikro.

 "Hasilnya, hampir 80 peratus daripada mereka berjaya menjana pendapatan keseluruhan terkumpul hampir RM4 juta dalam masa enam bulan.

 "Selain itu, kita juga menyasarkan 45,000 individu yang mendaftar perniagaan menerusi e-Usahawan meraih sasaran jualan terkumpul sebanyak RM21 juta," katanya selepas melancarkan Karnival Kempen #YOUCANDUIT peringkat Terengganu di sini, hari ini.

 Kempen #YOUCANDUIT dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuching, Sarawak pada Mac lepas dan Terengganu menjadi negeri kedua pelancaran kempen berkenaan.

 Jailani berkata sejak awal tahun ini, seramai 2,700 pelajar TVET dan usahawan mikro mengikuti kursus e-Usahawan dan menghasilkan jualan terkumpul RM2.6 juta.

 "Program e-Rezeki menyasarkan golongan B40 atau isi rumah berpendapatan rendah menjana pendapatan secara kerja sambilan dalam talian.

 "Sejak diperkenalkan tahun lepas, eRezeki menjana pendapatan tambahan terkumpul lebih RM11.2 juta bagi 16,000 pesertanya dan ia dijangka menyumbang hasil sehingga RM15 juta," katanya.

 Menurutnya, sebanyak 66 pusat dan wakil e-Rezeki akan beroperasi tahun ini bagi menyediakan kemudahan melatih golongan B40 melaksanakan tugasan digital.

 Sehingga kini seramai 40,000 individu telah mendaftar sebagai peserta e-Usahawan manakala 16,000 orang pula menyertai e-Rezeki.




PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: