Tabung Haji lantik Johan sebagai Pengarah Urusan dan CEO

Tabung Haji lantik Johan Abdullah sebagai CEO baru.

Lembaga Tabung Haji melantik Datuk Johan Abdullah sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Julai.

 Tabung Haji dalam satu kenyataan hari ini berkata Johan menggantikan Tan Sri Ismee Ismail yang menamatkan perkhidmatannya pada akhir bulan Jun selepas berkhidmat lebih sedekad menganggotai lembaga pengarah.

 Johan memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Morehead State University dan ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Eastern Michigan University.

 Sebelum menyertai Tabung Haji sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO pada 15 Jan tahun lepas, beliau berkhidmat sebagai Pengarah urusan dan CEO BIMB Holdings Bhd sejak Mei 2008.

 Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan kanan di Bursa Malaysia Bhd dan memiliki pengalaman luas dalam bidang kewangan korporat, pasaran modal dan kewangan Islam.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: