Giant sasar pertumbuhan dua angka tahun ini

Giant pesat berkembang

GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, pemilik Giant, menyasarkan pertumbuhan perolehannya sebanyak dua angka bagi tahun ini berikutan usaha penambahbaikan rangkaian pasar raya besar itu serta pengalaman beli-belah para pelanggannya.

Pengarah Dagangan Amnya, Lee Siew Mei berkata sebahagian besar daripada kira-kira 50 peratus pertumbuhan itu akan disumbang menerusi penganjuran acara promosi barangan bayi secara tetap yang mampu menarik kalangan ibu berusia 35 tahun dan ke atas.

"Hasil pengamatan kami terhadap profil pelanggan menunjukkan kebanyakan mereka adalah wanita yang juga ibu dua hingga empat orang anak. Kami amat maklum dengan keperluan mereka, terutamanya yang bekerja," katanya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: