• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Pasaran modal Malaysia berkembang kepada RM2.9 trilion

Pasaran modal negara semakin berkembang.Pasaran modal negara semakin berkembang.

Pasaran modal Malaysia berkembang mencecah RM2.9 trilion dari segi saiz dan menawarkan pelbagai produk yang terdiri daripada saham, ekuiti pendanaan masyarakat dan dana dagangan bursa.

Timbalan Ketua Eksekutif Suruhanjuya Sekuriti (SC) Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin menasihatkan orang ramai agar melabur dalam pasaran modal untuk mencapai sasaran kewangan mereka.

"Angka berkenaan baik memandangkan kita mempunyai pelbagai produk.

"Pelabur boleh memilih untuk melabur dalam saham, unit amanah, bon, skim persaraan swasta, ekuiti pendanaan masyarakat, derivatif atau dana dagangan bursa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'InvestSmart Fest' di sini hari ini.

Ahmad Fairuz berkata jumlah pelabur muda juga semakin meningkat.

Pameran pendidikan pelabur yang berlangsung selama tiga hari itu mulai hari ini, menarik lebih 40 institusi pasaran modal untuk bersama-sama mendidik dan menggalakkan orang ramai supaya "melabur dengan bijak".

Sebanyak 46 peserta pameran turut mengambil bahagian yang termasuk Bank Negara Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bursa Malaysia, Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti dan Pentadbir Pencen Swasta.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Fairuz berkata melalui pameran pendidikan pelabur itu, SC berharap dapat menyaksikan peningkatan keupayaan melabur dalam kalangan warga Malaysia.

"Celik pelaburan merupakan kemahiran sepanjang hayat yang setiap warga Malaysia perlu peroleh untuk melalui landskap pelaburan bagi mencapai sasaran pelaburan mereka," katanya.

Ahmad Fairuz optimistik pameran pendidikan pelabur kali ini dapat menarik kira-kira 10,000 pengunjung berbanding 6,000 pengunjung yang dicatatkan tahun lepas.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: