• Kolumnis AMANAH 1Kolumnis AMANAH 1

Perbankan Islam amal prosedur ketat tawar produk pembiayaan

Perbankan Islam makin mendapat tempat.Perbankan Islam makin mendapat tempat.

Perbankan Islam mempunyai prosedur dan kawal selia dalaman yang ketat dalam menawarkan produk pembiayaan terutama dari aspek penilaian kredit dan kemampuan kewangan pelanggan, kata Pengarah, Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Ratna Sha'erah Kamaludin.

Dalam satu kenyataan media yang disiarkan Bernama, Ratna menjelaskan tawaran dan kelulusan pembiayaan adalah bergantung kepada penilaian oleh pihak bank terhadap komitmen pelanggan serta menepati keperluan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

"Ini termasuklah memastikan pelanggan mempunyai baki kewangan yang mencukupi untuk perbelanjaan sara hidup mereka," jelas beliau.

Ratna menambah, institusi-institusi Perbankan Islam adalah tertakluk kepada garis panduan pemberian pembiayaan yang bertanggungjawab oleh Bank Negara Malaysia bertujuan memelihara kepentingan pelanggan agar tidak terbeban serta berupaya membuat bayaran balik mengikut kemampuan dalam tempoh yang ditetapkan.

"AIBIM juga menasihatkan para pelanggan agar lebih berhemah dalam pengurusan kewangan dan berhubung secara terus dengan pihak institusi kewangan sekiranya terdapat sebarang kemusykilan yang melibatkan urusan pembiayaan mereka," ujarnya.

AIBIM ditubuhkan pada 1996 bertujuan menggalakkan sistem perbankan Islam yang kukuh di Malaysia; mewakili kepentingan ahli di dalam dan di luar negara; dan memberikan nasihat dan bantuan kepada para ahli dalam pembangunan perbankan dan kewangan Islam di peringkat tempatan, serantau dan global.

Badan itu juga berperanan menyelaras inisiatif pembangunan modal insan, serta meningkatkan kesedaran awam.

Pada masa kini, AIBIM mempunyai keahlian 25 bank anggota.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: