Malaysia lobi China guna minyak sawit

Malaysia mahu China menjadikan minyak sawit import terbesar minyak masak negara tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu China kembali menjadikan minyak sawit Malaysia sebagai import minyak makan terbesar negara itu.

Perkara itu dibangkitkan dalam pertemuannya dengan Presiden Xi Jinping ketika mesyuarat delegasi di rumah tetamu kerajaan di Diaoyutai, di sini hari ini.

Menurut Najib, Xi menyambut baik cadangan itu dan beliau yakin langkah itu akan membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil yang terjejas berikutan penurunan permintaan minyak sawit kebelakangan ini.

Selasa lepas, Najib turut membangkitkan mengenai penurunan import minyak sawit dari China semasa mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya, Li Keqiang.

Import minyak sawit Malaysia oleh China merosot kira-kira 50 peratus pada Januari-Jun 2016 berbanding tempoh yang sama pada 2015, kemungkinan disebabkan beberapa laporan negatif dan salah tanggapan mengenai nilai pemakanan minyak sawit.

Namun, pelbagai penyelidikan, termasuk yang dilakukan China menunjukkan minyak sawit adalah makanan yang berkhasiat.

Malaysia sebelum ini menjadi pengeksport minyak makan terbesar ke China, namun kini berada di belakang Indonesia dan Kesatuan Eropah.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: