FAMA sasar 40 usahawan Perak pasar produk di Singapura

Produk makanan tempatan boleh tembusi pasaran global.Produk makanan tempatan boleh tembusi pasaran global.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan 40 usahawan Industri Asas Tani (IAT) di Perak dipilih untuk memasarkan pelbagai produk di Agro Bazar Singapura.

Timbalan Pengarahnya, Sabri Naseh berkata pihaknya akan membuat pemilihan peringkat kedua usahawan yang layak pada Isnin ini selepas 23 usahawan dipilih memasarkan produk mereka di negara jiran itu bulan lepas.

Beliau berkata usahawan terpilih akan memasarkan pelbagai produk seperti kerepek, makanan sejuk beku dan air minuman berperisa yang sememangnya mendapat sambutan.

"Sejak FAMA membuka Agro Bazar di Singapura dua tahun lalu, banyak produk IAT menembusi pasaran negara itu," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival IAT oleh Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Datuk Abu Bakar Mat Ali, di Taman Kerian di sini, hari ini.

Karnival IAT anjuran FAMA itu bertujuan mengurangkan beban rakyat dalam keadaan ekonomi ketika ini selain membantu mereka mendapatkan barangan segar pada harga berpatutan.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: