Pendapatan sektor pelancongan meningkat RM92 bilion

Sektor pelancongan menjadi penyumbang kepada pendapatan negara.Sektor pelancongan menjadi penyumbang kepada pendapatan negara.

Pendapatan sektor pelancongan bagi tahun lepas diunjur meningkat kepada RM92 bilion berbanding RM72 bilion pada 2015, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata walaupun kehadiran pelancong ke negara ini hanya meningkat sebanyak empat peratus tetapi kekal menjadi antara penyumbang kepada pendapatan negara.

"Kalau bawa RM92 bilion, enam peratus daripadanya iaitu kira-kira lebih RM5 bilion, adalah hak kerajaan di bawah cukai barang dan perkhidmatan (GST)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis himpunan usahawan dan pelancaran kelab Usahawanita Unggul parlimen Padang Rengas di Dewan Melenium Majlis Perbandaran Kuala Kangsar di sini hari ini.

Beliau yakin pendapatan sektor itu akan terus meningkat pada tahun ini berikutan kemasukan banyak pelancong asing khususnya dari China dan India.

"Kedua-dua negara ini bukan sahaja menyumbang kepada bilangan pelancong yang tinggi tetapi juga perbelanjaan besar di Malaysia," katanya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

CetakEmel

Artikel berkaitan: