Pelancongan Sarawak utamakan syarikat tempatan banding pelabur China

PAS mengesa kerajaan Sarawak memberi keutamaan kepada syarikat tempatan dan pengurusan beberapa destinasi pelancongan di negeri itu berbanding syarikat pembangunan pelancongan dari China.

Pesuruhjaya Pas Sarawak Jofri Jaraiee berkata, keputusan kerajaan negeri menjalinkan usaha sama dengan sebua syarikat pembangunan pelancongan Beijing Glory International Culture Development Co Ltd sewajarnya tidak berlaku.

"Mengapa kerajaan Sarawak memberi keutamaan kepada syarikat dari luar untuk mengambil alih pengurusan beberapa destinasi pelancongan tempatan kepada syarikat asing?

" Adakah rakyat Sarawak tidak mampu untuk menguruskan syarikat pelancongan tempatan yang sedia ada?," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Jofri Jaraiee Beliau mengulas  mengenai keputusan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Abang Openg telah menyaksikan majlis menandatangani perjanjian (MoU) antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bersama syarikat pembangunan pelancongan antarabangsa China, Beijing Glory International Culture Development Co Ltd di Nou Hotel, Beijing.

Beijing Glory akan mengambil alih pengurusan beberapa destinasi pelancongan seperti Bako, Taman Negara Mul dan akan ada penjenamaan semula SEDC Sarawak Plaza.

Jofri mendakwa, Sarawak terlalu bergantung kepada yarikat asing dan pelabur dari luar untuk memenuhi keperluan tenaga pekerja untuk membangunkan negeri itu.

"Sepatutnya rakyat tempatan diberi keutamaan dulu dalam mana-mana projek kerajaan.

"Bila timbul isu kekurangan guru atau tenaga pengajar di Sarawak ada pihak yang tidak puas hati dan buat bising kerana tidak mahu orang luar datang ke Sarawak kononya mereka ini membawa budaya yang tidak sesuai dengan budaya orang Sarawak.

"Mengapa kerajaan Sarawak tidak menyediakan pusat latihan atau tempat keperluan yang secukupnya untuk rakyat Sarawak supaya masalah kekurangan ini dapat diatasi sebelum menyalahkan pihak lain.

"Isu seperti China Doll yang bekerja di pusat Reflexi dan pusat hiburan yang melalaikan dan merosakkan remaja tempatan perlu diberi perhatian. Mereka inilah sebenarnya yang merosakkan cara pemikiran dan budaya kehidupan masyarakat tempatan.

"Kalau kerajaan Sarawak lebih memberi keutamaan kepada syarikat asing untuk menguasai beberapa syarikat tempatan akhirnya syarikat tempatan sukar untuk menjalankan urusan perniagaan mereka.

"Syarikat multi-bilion dolar dari luar mampu menguasai syarikat tempatan yang tidak mampu bersaing dengan syarikat gergasi dari luar," terangnya.

Jofri mengingatkan agar kerajaan negeri mencontohi usaha dilakukan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar baru-baru ini yang mengumumkan rumah mampu milik untuk rakyatnya bagi menangai isu perumahan rakyat.

" Seperti "Projek keajaiban" di Johor, dengan banglo dan rumah berkembar berharga di bawah RM100,000, menyebabkan heboh di sini.
"Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah mengumumkan satu projek perumahan untuk rakyat Johor.

"Kalau Johor mampu memberi projek perumahan mampu milik untuk rakyatnya mengapa kerajaan Sarawak yang mempunyai keluasan tanah dan punca pendapatan yang banyak tidak mampu memberi kemudahan untuk rakyat Sarawak," ujarnya.

Justeru tegasnya projek pembangunan pelancongan itu perlu diberi kepada syarikat tempatan dan dapat memberi manfaat kepada rakyat bukan kepada syarikat asing yang hanya mementingkan keuntungan semata.

"Utamakan rakyat Sarawak dan jangan gadaikan tanah Sarawak kepada pelabur asing demi mencari keuntungan yang akhirnya rakyat Sarawak akan terus hidup dalam kemiskinan dan terpinggir dari arus pembangunan.

"Kita harap perkara ini mendapat perhatian serius dari kerajaan Sarawak demi masa depan rakyat Sarawak sendiri. Jangan beri keutamaan pada pelabur asing dan berilah keutamaan kepada rakyat Sarawak sebelum orang lain menguasai tanahair kita," ujarnya.

PERINGATAN
Malaysia Dateline tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

Cetak Emel

Artikel berkaitan: